Name: Saya, bukan nama sebenar
Subject: Minta doa
Message: Lama eh tak kunjung mari. Ohoi orang sawah! Pe kabo?
Cheq mintak maap na pasai takdak masa. Puii! Ang ingat ada ka orang nak baca tulisan ang?!
Ok.
Saya ada masukkan puisi-puisi saya dalam satu sayembara puisi. Semua puisi terkumpul akan dibukukan.
Minta ya doa-doakan saya. Mungkin dengan terpilihnya karya saya, akan jadi satu inspirasi untuk saya terus berkarya.
:)
Juga. Final year exam.
Mohon doa.
Saya rasa... didoakan oleh orang yang tak dikenali...
itu sangat manis.
Doa for each other.
Boleh?
Saturday, November 23, 2013
[Kiriman] Minta Doa
Sunday, October 20, 2013
[Kiriman] Bahagiamu Deritaku
Name : I.Z
Subject: bahagiamu deritaku
aku tak tahu pada siapa lagi harus aku luahkan
perasaan ini,
yang dah lama terbuku
hingga jadi duri yang mencucuk hati sampai jadi luka yang tak tahu bila akan sembuh
aku cuma berdoa agar diberi kekuatan untuk teruskan hidup dan melupakan segalanya yang dah membuatkan aku derita dalam diam...
semoga juga aku redha dengan takdir ini.....
melihatmu senyum gembira dengan si dia memberi seribu satu rasa buat aku
haruskan aku sedih menangis pilu? atau berpura-pura senyum dan mendoakan kebahagiaanmu?????
sampai bila harus aku rasai derita ini????
Wednesday, October 2, 2013
[Kiriman] Pengakuan.
Assalamualaikum M.H,
saya dengan rasa malu yang tebal ni nak bagi tahu kat awak dalam surat ni..
saya SUKA awak!
jangan tanya kenapa saya suka awak..
saya pun tak tahu..
suddenly saya jadi macam ni.
senang cerita semua ni kuasa Dia
saya tak penah rasa macam ni..
kawan-kawan saya suruh saya bagi tahu awak depan-depan tapi saya segan..
saya tak boleh bayangkn mcm nak hadapi lepas bagi tahu awak semua benda tu..
Dah la kita akan selalu jumpa in future nanti
awak,
saya harap sangat-sangat yang awak tak ada sesiapa dalam hidup awak..
jangan lah tiba-tiba awak ada tunang pulak
boleh kena heart attack! saya..
tapi kalau jadi pun saya rasa saya redha..
maknanya kita tak ada jodoh.*sedih*
Tapo saya akan berusaha untuk tambat hati awak..
dalam doa
orang kata 'action speaks louder than words"
hehehe..
Friday, September 20, 2013
[Kiriman] Lelaki Masa Hadapan
Kita sama,
aku tilik satu persatu,
dari awal hingga akhir,
banyak persamaan,
dari perbezaan,
atau kemungkinan,
aku yang tersilap tilik,
perkiraan—
yang kau dan aku banyak persamaan
Bisa kau bantu aku,
bikin kira-kira itu,
sama-sama,
wahai lelaki masa hadapan?
Wednesday, September 18, 2013
[Kiriman] Selang Seli Aku
Monday, September 16, 2013
[Kiriman] Lekas Dewasa.
Name: Diddiy
Subject: Lekas dewasa
Message:
Kau kata,
lekaslah dewasa,
kau kata lagi,
kau mahu bawa aku mengembara mengelilingi---
dunia,
Sama dengan keinginan aku untuk merantau,
jauh dari segala semak cerita aku di bumi Malaysia,
Kau tunggu aku dewasa,
untuk kau hulur tangan,
dan aku sambut dengan senyuman,
Kau mahu bawa aku ke sana,
ke tanah Aberdeen,
tempat di mana,
aku kepingin pergi.
Saturday, September 14, 2013
[Kiriman] Kepada Dia
Wednesday, September 4, 2013
[Kiriman] ‘’SURAT UNTUK DIRI SENDIRI.’’
Hai Assalamualaikum pada awak, Apa khabar Iman, Taqwa, Amal dan Hati awak hari ni ya.?
Makin naik atau menjunam turun? Nak Tanya, Hari ni, lebih banyak kebaikan atau keburukan yang di catat oleh Malaikat di kiri kanan awak tu ya..?
Saya harap sangat awak tetap ingat semua nasihat yang awak bagi pada kawan2 awak dekat luar tu. Buat macam apa yang awak selalu nasihat kan tu jugak. Saya harap awak tetap istiqomah walau apa jadi, walau apa dugaan dan ujian dating pada awak ya. Atau apa2 nikmat Allah beri pada kamu, tetap lah bersyukur dan senyum ya.
Ujian itu manis sebenarnya. Janji Allah itu pasti. Malah mati itu tepat. :’) Awak, saya suka dengan perubahan awak walau ianya perlahan.
Saya nak cakap ni.
“Tetaplah berlari walau awak orang yang paling perlahan berlari berbanding orang lain, Tak apa, Janji awak masih di Trek yang betul, *TREK ALLAH* tahu? ”
Saya tahu, masa mula2 awak berhijrah, terlalu banyak masalah dan dugaan awak dapat.. kan? T_T Terlalu banyak sampai kadang2 awak merungut mengadu pada Dia lebih dari biasa. Awak rasa lemah tanpa Dia kan. Awak tak bagi tahu sesiapa pon masalah awak yang paling besar. Cuma Dia yang tahu kan. Taka pa, itulah yg terbaik bagi saya. Awak kuat sebab Dia kan. Dia yang bantu awak saat awak tak percaya kan sesiapa pon. Awak kuat kan hati walau awak rasa paling lemah dulu kan. Terima kasih sebab awak percaya pada Allah yang satu.
Awak tahu, Sebab awak yang dulu tetap kuat walau dugaan menimbun, Maka saya yang sekarang tetap kuat!
Saya nak ingatkan awak hari hari, Tolong jaga Hati, jaga Iman, jaga Aurat, jaga percakapan dan pendengaran awak. Jaga pandangan awak. Hijabkan semua kalau boleh ya. Istiqomah sentiasa walau ia susah sangat. Saya taknak awak jadi macam dulu lagi. Janji dengan saya boleh? Allah ada, akan bantu awak tiap kali awak mohon pada Dia. Ingat tu.
Satu lagi, Awak jangan fikir soal jodoh dengan siapa2 pon.. buat masa sekarang boleh..? Saya nak awak solehahkan dan perbaiki diri awak dulu. Cari cintaNya dulu. Bukan apa, Cuma saya takut kalau2 jodoh awak dengan ajal lagi cepat dari jodoh awak dengan mahluk Allah. ‘
’ Jodoh dengan ajal sudah tetap dan pasti, Jodoh dengan mahluk Allah tak pasti lagi kan”, Saya tak ada jawapan pon. Awak faham kan maksud saya?
Awak tolong tolong tolong tolong jangan pernah mengalah boleh? Jauh lagi perjalanan awak ni tahu..? Untuk awak jadi muslimah dengan makna sebenarnya. Perjalanan awak baru bermula.. Masih terlalu jauh bagi saya. Jangan peduli kan apa orang cakap pada awak ya. Diorang tak kenal awak. Yang kenal awak Cuma satu je.. Dia.. Pencipta kita. Allah..
Moga Allah redha dgn setiap perbuatan awak.Amin ;’)
Moga AWAK tetap kuat dan istiqomah.
HasbunaAllah Wani’mal Wakil.