Sunday, April 15, 2012

[Kiriman] Saya Harap Awak Kuat.


Untuk awak yang sedang lemah , tidak kuat , dan tidak berdaya .

Awak , diam bukan bermakna saya langsung tidak mengambil tahu apa yang terjadi pada awak . Saya tahu . Saya sentiasa mengambil tahu dan mengikuti perkembangan awak . Maaf saya pohon kerana langsung tidak menunjukkan sokongan terhadap awak . Bukannya apa , sebagai kawan , selama ini banyak kata - kata semangat dan jalan penyelesaian yang saya telah curahkan kepada awak di atas kesedihan awak yang selalu datang disebabkan dia yang awak cinta , dan sekarang ini dia sudah pun pergi meninggalkan awak . Masalahnya awak tidak dengar .

Kalau dulunya ,
dia selalu ada untuk awak . Apa saja yang berlaku dia khabarkan pada awak . Baik mahupun buruk . Apa saja cerita . Buatkan hari - hari awak gembira . Awak bebetul sepenuh hati sayang dia . Hari - hari dilalui dengan gelak tawa . Awak punya keinginan untuk memiliki dia . Buat selamanya . Menjadi suri hidupnya , itu impian awak . Tak kesahlah apa pun yang terjadi awak ingin bersama dia . Untuk itu , awak selalu rasa gundah , gelisah , takut , kalau satu hari nanti dia pergi meninggalkan awak . Awak takut awak tidak dapat terima hakikat yang dia bukan untuk awak .

Perasaan gundah itu awak yang cipta . Kalau tidak , perasaan itu tidak akan datang . Adakalanya awak berdua bergaduh sebab benda yang remeh temeh . Yang saya fikir ianya bermula dari sikap awak yang suka berfikiran negatif .

Dan sekarang ,
apa yang awak risaukan itu , sudah pun berlaku . Sudah pun terjadi . Dia telah pergi . Awak tidak dapat terima , dia tinggalkan awak dengan hanya melalui satu panggilan telefon sahaja . Bukankah lebih baik kalau dia berjumpa awak , terangkan apa yang tidak puas di hati , secara depan - depan .

Saya tahu awak tidak dapat menerima apa yang berlaku . Seorang yang bebetul awak sayang sepenuh hati meninggalkan awak di kala awak bebetul memerlukan dia . Awak nak tahu , saya juga pernah rasa . Ketika itu , saya rasakan seperti separuh dari jiwa saya hilang . Saya pernah terfikir untuk hilangkan ingatan saya supaya saya bisa melupakan dia . Tapi apa yang membuatkan saya boleh bertahan , hati yang kuat . Saya kuatkan hati saya . Perkara ini mengambil masa berbulan - bulan , barulah saya benar - benar boleh melupakan dia .

Awak bayangkan orang yang selalu awak ajak bercerita , yang adakalanya cerita remeh pun awak habis ceritakan pada dia , tetiba dia hilang . Awak rasa kekok , rasa tidak berguna langsung telefon bimbit itu yang dulunya berbunyi di kala mesej dan calling si dia masuk . Sekarang tidak lagi . Kalau boleh rasa mahu hempas telefon bimbit ke dinding . Apa gunanya ada telefon kalau sunyi sepi sahaja padahal tidak disilentkan .

Gadis yang kuat ialah seseorang yang menangis pada waktu tidur mengenangkan pelbagai masalah , dan bangun dengan senyuman pada wajah mereka .

Untuk pengetahuan awak , saya tidak pernah menghebohkan perkara ini kepada umum . Kebanyakan daripada mereka langsung tidak tahu bahawa antara saya dengan dia telahpun berakhir . Oh ini cerita zaman  2010 dahulu . Berkongsi masalah di laman sosial pada saya bukanlah makin menyenangkan hati  , tapi keadaan akan menjadi lebih teruk . Ada pihak yang akan menyalahkan kita dan ada pihak yang akan menyokong kita . Bagaimana pula kalau pihak yang menyalahkan itu lebih ramai ?

Tidakkah makin sakit hati kita ?

Banyak lagi orang yang belum awak jumpa .  Buat masa ini memanglah awak rasa si dia yang terbaik , sebab awak tidak lagi berjumpa dengan orang yang lebih baik dari dia , yang mungkin orang itu ialah pemilik awak yang sebenar . Awaklah tulang rusuk kiri orang itu . Dan perjalanan hidup awak masih jauh . Perlukah awak lemah hanya kerana seorang lelaki yang bila mana Allah memanggilnya pergi , dia tidak bisa untuk menghentikan malaikat maut untuk mencabut nyawanya ? Perlukah ? Bukankah ada kekasih yang lebih besar yang tidak akan mati , yang tidak akan meninggalkan awak . Tidakkah awak tahu ?

Kekasih ini sentiasa memerhatikan awak , memberikan awak kehidupan , yang tanpaNYA awak tidak boleh hidup . Tidakkah awak nampak ? Tidakkah awak perhatikan dengan jelas ? Ini adalah cinta yang tidak akan mati . Tidak akan luput dek zaman .

Oleh itu , janganlah bersedih . Kuatkan hati awak itu . Adakah awak mahu kehidupan awak ranap selepas ini hanya kerana seorang lelaki ? Pilihan di tangan awak .

dari seorang kawan yang jauh 

Pengirim : Gdsbnga


Saturday, April 14, 2012

[Kiriman] Andai Kau MampuKu Miliki.



Teristimewa untuk kamu yang semakin jauh meninggalkanku.Mungkin kehadiran surat ini seperti tidak memberi apa apa pengertian buatmu dan kebarangkalian untuk sampai disudut hatimu adalah amat tipis.Biar jauh dan pelbagai halangan yg terpaksa ku harungi tetapi bicara tentang cinta kita masih belum ternoktah.

Hati mana yang tidak ingin dilukai dan di sakiti tapi semakin aku cuba untuk membuang perasaan itu,semakin kuat keinginanku untuk bersamamu.Aku tidak mampu untuk menipu perasaan yang hadir ketika ini.Bayang wajahmu tidak mampu untukku hilangkan.Sentiasa bermain main di setiap penglihatanku.Arghhhh..menangis bukan jalan penyelesaian untuk aku menutup segala kekecewaan ini.

Andai aku mampu memiliki mu.Pasti setiap ruang hidupku kembali berbunga bunga harapan.Tiada lagi duka yang mengiringi setiap langkahku.Hari hari yang bakal ku lewati pasti penuh dengan kegembiraan kerana ketika itu di sisiku aku ada kamoo.Ada seorang yang aku cintai dan yang mampu membuatku tersenyum.

Tapi semua ini hanya satu mimpi.Aku bermimpi lagi dan masih berangan angan untuk hidup bersamamu.Aku masih lagi berada di sini.Menanti dan terus menanti kehadiranmu. Aku tertewas lagi dalam pencarian ini.

Yang di lukai
City Kelly 

Pengirim : Kelly Ixora


Friday, April 13, 2012

Sepasang Mata Itu



Buat Entah.

Sungguh Allah suka dan sayang akan orang yang sabar akan dugannya. Diri, bersabarlah. Tidak mahukah engkau mendapat kasih dan sayang Allah? Apalah sangat ujian engkau ini jika dibandingkan dengan orang lain. Mereka lebih besar ujiannya, Bayangkan betapa orang yang tidak boleh melihat langsung tetap meneruskan kehidupan dalam mencari keredhaan Allah. Sabarlah diri. Allah ingin mengujimu kali ini. Bersyukurlah kerana nikmat matamu ini baru ditarik sedikit bukan semuanya. 


Walaupun kabur tapi engkau masih boleh melihat. Walaupun suatu hari nanti mungkin ditakdirkan mata engkau terus tidak boleh melihat, bersyukurlah! Sekurang-kurang engkau pernah diberi peluang untuk melihat semua itu pada waktu dahulu. Nasibmu lebih indah daripada insan lain yang ditakdirkan buta sejak lahir. Bersyukurlah diri! Kerana selepas itu, engkau tidak boleh lagi melihat kemungkaran dan maksiat. Dirimu lebih terpelihara bukan? Bersyukurlah!

Daripada Entahlah.

[Kiriman] Rezeki Sepuluh Sen.


kepada: kawan mak..

harap-harap makcik boleh tahu kehadiran surat ni. dan dah banyak kali juga mak mengadu pasal makcik yang selalu sangat merungut macam-macam. dah lama makcik dan mak kenal,berkawan dan berkongsi rasa hati.

tapi semenjak dua ni, mak selalu mengadu yang makcik berubah. mak tolong jualkan barang makcik tapi makcik pertikaikan pulak bila barang tu tak laku.

makcik tak pernah ingat ke yang rezeki tu dah tertulis setakat mana. kalau hari ni memang ketetapan rezeki makcik cuma sepuluh sen pun makcik kena terima. tapi mungkin makcik lupa yang satu itu, makcik tetap salahkan mak.

niat mak cuma nak tolong makcik tapi makcik tolong jangan salahkan mak. mak tak bersalah cuma rezeki mak dan makcik tak banyak untuk hari ni. kalau hari ni rezeki kita sikit, belum tentu esok pon rezeki kita macam tu. mungkin berganda-ganda banyaknya kan? makcik jugak kena ingat, hak makcik hari ini belum tentu masih hak makcik esok. 

bila dah jualan tak laku ni macam-macam pulak songeh, masa jualan laku elok pula bermanis-manis. harap makcik berubah dan sedar rezeki tu bukan boleh kita tentukan. kalau memang bukan rezeki kita, berusaha macam mana pun tetap bukan milik kita. 

daripada: anak mak.. 

kiriman : mun4short 

Thursday, April 12, 2012

[Kiriman] Aku Tahu Bukan Cinta Tapi..



Kepada Symphony,

Assalamualaikum.
Mulut tiba-tiba membisu, jari-jemari sudah tidak ligat menari untuk menaip mahupun menulis.Susah hendak diluahkan.Tapi..Hidup cuma sekali, jadi saya nak curi peluang yang ada untuk menyatakan yang saya suka kepada awak.Saya tahu ini bukan cinta,mungkin sekadar suka. Namun,hati ini milik Allah. Mungkin ini adalah mainan hati.

Saya tahu hati saya,hati awak milik Allah. Orang kata saya bertepuk sebelah tangan.Tapi,tidak pada saya sebab awak tidak tahu kewujudan saya dalam hidup awak,dan awak tidak tahu cebisan hati saya ada pada awak.

Hidup harus diteruskan,dan cinta mungkin akan hanyut dengan masa yang berlalu. Jadi,hanya kali ini,sebelum perasaan ini ditelan zaman,hanyut dengan masa, saya mahu awak tahu..saya suka awak. Saya suka awak. Saya suka awak.Saya mungkin menyatakan ini bukan cinta.Tapi hati ini Allah yang punya.

Mungkin ada orang yang lebih baik untuk saya.Allah pasti temukan kami. Jodoh ditangan Allah,kan? Kalau awak tahu,dan tidak ada rasa apa-apa terhadap saya. Tidak mengapa sebab hati awak juga Allah yang pegang.InsyaAllah,saya doakan kebahagiaan dan kejayaan awak di dunia atau di akhirat. Amiin.

Daripada Melodi :) 

Pengirim : Oasisrindu



Wednesday, April 11, 2012

Madu yang Hilang


Kepada bekas kekasih yang telah disayangi,

i tau u dah tak sayang dekat i dah, tak ape kan i membahasa kan diri sebagai 'i'? ape? panggilan itu hanya bila kita bersama? okey okey. aku tau kau dah tak sayang aku dah. kau tinggalkan aku sebab aku lebih tergila-gilakan lisa surihani daripada kau. kau terasa seperti aku mempunyai chance untuk date dengan lisa surihani padahal tweet aku pun lisa surihani tak balas. ini kan direct message kepada lisa surihani. bak kata orang yang dikejar memang mustahil nak dapat, yang dikendong lari kecemburuan. tak apalah, mungkin bukan jodoh.

wahai bekas kekasihku. aku tau aku silap kerana terlalu menyintaimu sedangkan aku lupa pada janji Allah. Jodoh di tangan Nya. kerana kau telah bertemu dengan kedua ibu bapa ku dan aku juga sudah bertemu kedua ibu bapa mu. abah kau siap percaya lagi kat aku, bank in duit dalam akaun aku kirimkan kepada kau. lelaki, bila dah sampai ke telinga ibu bapa maksudnya dia akan jujur dan setia. tetapi, baik mana sekali pun keluarga kau. kalau janji ALLAH jodoh DIA telah tetapkan. jadi juga. kun faya kun. jadilah, maka jadilah.

wahai bekas kekasihku. maaf jika layanan aku seteruk cipanzi. maaf jika layanan aku tidak kau senangi. aku tau, kekasih kau kini telah bersurah pada aku. aku layan kau seperti kawan lelaki. aku ni ego, pentingkan diri sendiri, tak reti jaga hati kau dan tak terima kekurangan kau. ex, kalau jodoh, aku layan isteri aku macam layan sahabat lelaki pun tetap tak akan lari. kalau aku layan sebagai sahabat lelaki apa salahnya? bukan kah itu lebih romantik? dan aku rasa berkawan kita lebih kenal hati budi dari bersayang-sayang. pijak semut pun semut reti elak. Kalau berkawan, kau akan lihat true colour seseorang itu. ex, biasalah lelaki, punyai ego. ego aku tinggi sekali pun tetapi aku tak pernah nak tinggalkan kau. tetapi aku yang kau tinggalkan. kau patut belajar lebih sikit sebab wanita punyai kuasa untuk menundukkan ego lelaki. juga imannya.

wahai bekas kekasihku. maaf jika aku jahil dalam menjaga hati kau. pentingkan diri sendiri dan tak menerima kekurangan kau. sekurang-kurangnya aku tak lari dan tinggalkan kau untuk perempuan lain. aku tetap setia di sisi kau itu pun belum cukup untuk menjaga hati kau? apa, selama ini tidak cukup lagi apa aku buat untuk jaga hati kau? inilah jodoh. aku tau aku pentingkan diri sendiri. mungkin salah aku sendiri. inilah jodoh. jahat mana sekali pun aku kalau jodoh tu jodoh jugak. kau katakan kau terima kekurangan kekasih baru kau dan kekasih baru kau terima kekurangan kau? nampak sangat kau terima aku dan tinggalkan aku kerana kau tak mampu terima segala kekurangan aku. inilah dikatakan jodoh. kalau jodoh, jodoh jugak.

[ sumber : google ]

wahai bekas kekasih aku. bila kita berpisah kau canang sana dan sini keburukan aku dan kekurangan aku ketika bercinta dulu. aku tau aku bukan untuk kau. aku tau kau tak boleh menerima begitu banyak kekurangan aku. dan aku tau aku manusia biasa yang tak sempurna seperti lelaki idaman malaya. tetapi rahsia dan sisi gelap kau tetap bersama aku. tidak aku mencanang sini dan sana mengenainya sebab aku pegang pada janji kau dan aku tidak mahu mengaibkan kau. biarlah rahsia itu terkubur bersama memori. 

wahai bekas kekasih aku. kita tak patutnya berjanji setia. berjanji yang kau hanya di hati aku sampai syurga. itu pun kalau masuk syurga lah. begitu juga kau. kau berjanji tidak akan meninggalkan aku. kau berjanji hanya aku dihati kau. tetapi tidak kah kau sedar dengan cara ini kita telah mencari dosa free. janji yang tidak ditunaikan itu berdosa. dan kita patut beringat pada janji Allah yang jodoh itu ditanganNYA. kita tak patut berjanji kerana kita tidak tahu akan siapa jodoh kita sebenar.

wahai bekas kekasih aku. maaf jika aku memegang tangan kau. aku tau perbuatan ini dosa. aku tak menjaga batas-batas pergaulan dengan kau. dan kau juga tahu perbuatan kita itu dosa. dan pasti kau juga tahu jika antara lelaki dan wanita itu pastinya ada orang ke-tiga. alhamdulilah, kita tidak pernah terlanjur kerana aku masih ada iman. dan aku sayangkan keluarga. maruah diri aku dan keluarga aku. dan beringatlah wahai wanita sekalian. maruah kau bukan untuk kekasih. tetapi untuk suami kau. jika zaman bercinta kau telah serahkan tangan kau untuk di pegang. makan di restaurant bersuap-suap. kau dah hilangkan mood makan beradap ketika kenduri kawin kelak. nampak sweet je makan beradap bila bersanding tetapi dah biasa pun buat kat restaurant bila keluar date. jadikan semua yang pertama untuk suami. save the best for the last.



wahai bekas kekasih aku. sekarang aku redha dengan apa terjadi. Kalau sudah jodoh itu tak kemana. sekarang kau sudah bersama kekasih yang baru. begitu cepat kau move on sedangkan aku terpenjara dalam diri sendiri. terguling tak tentu arah nak keluarkan dari kotak memori. aku percaya, satu hari ingatan kau akan padam jugak seperti tulisan di pasir. dipadam dek ombak. dan tak mungkin di padam dalam memori otak sebab otak boleh menyimpan memori beribu-ribu kali ganda dari komputer dan hard disk TeraGig.

wahai bekas kekasih aku. aku doakan kebahgiaan kau bersama kekasih baru kau. semoga berkekalan dunia akhirat. dan ingat pesanan aku yang acapkali aku ucapkan bila aku marah, sayang, tak ada mood dengan kau. mungkin berguna ketika bersama kekasih baru. bencilah aku kerana muka kau pun aku tak sanggup memandang kerana begitu dalam terguris hati aku diperlakukan sebegini. mungkin bukan dalam sebulan dua yang pertama untuk kita berkawan. kerana parah terguris hati aku belum sembuh-sembuh. hargailah kekasih baru kau itu.

mungkin pesanan aku tidak cukup. dan aku kini percaya bahawa bercinta selepas berkahwin itu lebih bermakna dari bercinta tanpa ikatan yang sah. semua yang aku lakukan pada kau. pemberian bunga rose unggu. pemberian hadiah hari jadi. pemberian ucapan selamat pagi setiap hari seakan tidak bermakna dan sia-sia sekarang. kerana aku lupa akan janji Allah. jodoh ditanganNYA. telah aku ikhlaskan hati, ampunkan segala silap dan salah dan halalkan makan dan minum selama kita berkongsi. bercinta selepas kahwin itu lebih bermakna bagi aku sekarang walau pun dahulu aku lah orang yang paling kuat membangkang cara tersebut. sekurang-kurangnya segala usaha, penat, kasih, sayang dan pengorbanan aku itu berbaloi untuk seorang isteri yang cantik dan di redhai ALLAH. semua itu dibalas dengan kasih sayang ALLAH dan seorang isteri. tidak kah itu lebih bermakna?

wahai bekas kekasih aku. cukuplah setakat ini kiriman surat aku. semoga aku pula bertemu dengan jodoh yang ALLAH telah janjikan pada aku. jika aku mati esok hari sekali pun aku percaya ada bidadari yang jauh lebih cantik dari kau untuk aku. biarlah aku menunggu jodoh dariNYA. kini aku harus pegang pada kata-kata ibu aku. cukup lah kau bercinta, nak.  jangan rosakkan masa depan kau kerana wanita.  jika kau saling jatuh hati sekali pun kelak cukup lah sekadar suka. teman tapi mesra. takkan kau terguris begini teruk. 'bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan' thank you umi.

salam terakhir dan selamat pergi bekas kekasih ku.

[Kiriman] Surat Dari Pemerhati.



Kepada: Kazama Melayu

Hi awak. Dah lama dah saya nak tulis surat untuk awak. Saya memang suka gila kat awak. Dah lama dah saya duk usha-usha awak dari jauh. Selalu terpikir alangkah bestnya kalau saya dapat sembang dengan awak kan? Saya mula kenal awal bila ada sorang kawan saya ni, si D tunjuk kewujudan awak kat universiti pada saya. Nasib baik dia dah ada pakwe. Maka dapatlah saya seorang menjadi secret admirer awak.

Saya bagi nama samaran kat awak. Kazama Melayu. Awak kenal tak sape kazama tu? Kazama tu adalah seorang mamat yang handsome berlakon dalam drama Jepun. Muka awak sebenarnya takdelah handsome sangat. Cuma comel sikit je. Tapi saya memang first time tengok awak pun dah cair kot.

First time saya jumpa awak adalah di RC. Memang tu jadi tempat awak dengan kawan-kawan awak melepak. Saya rasa awak mesti dah tahun kedua kot sebab setahu saya kawan awak yg si H tu second year dan saya dah pernah tau kewujudan dia sebelum saya kenal awak. Sebelum ni memang saya tak penah sedar pun kewujudan awak dekat universiti tu. Maybe since awak potong rambut awak yang agak panjang tu terus jadik comel and terus saya suka tengok muka awak yang baby face tu.

Memang sejak saya tau awak suka lepak kat RC tu saya memang cari alasan nak gi lepak library je selalu kot. Even ada gap between classes dalam 15 minit pun pasti saya gi cari port kat library tu. Disebabkan awak yang comel =). Kalau dapat tengok muka awak je pun saya rasa hari saya dah lengkap dah.

Ada sekali tu saya nampak awak tengah melepak kat PC. Tapi awak bukan buat assignment pun. Saya nak print assignment saya masa tu. Tapi after some time awak nak bangun dari PC and I just waited for you to blah from there. I looked at u and u looked at. OMG, kita bertentang mata. Saya macam serba salah nak senyum ke tak kat awak. Confused ok! Tapi awak senyum jugak kat saya membuatkan hati saya kembang setaman tau tak? Terima kasih kat awak sebab senyum kat saya =). Sampaikan kawan saya si C pon tertunggu-tunggu reaksi kita berdua and guess what, she was looking at us.

Saya nak mintak maaf tapi saya selalu stalk awak punya facebook. Macam mana saya tau nama awak eh? Saya carik satu2 dari list member saya yang kenal awak. Sekali tengok punya tengok saya jumpa facebook awak. The name is not to be revealed. Tapi since saya jumpa facebook awak saya rasa kecewa sangat sebab dari facebook juga saya dapat tau yang awak dah ada awek. Betapa kecewanya saya. Nak kata saya ni syok tahap dewa kat awak tak adalah. Sekadar secret admirer je. Tapi bila dapat tau yg awak dah syok kat somebody rasa macam kurang best je. Tapi saya tetap suka kat awak. Peduli apa saya. Bukannya bini awak pon. Sedangkan orang kawen pon bercerai berai. Ni pulak awak dengan dia. Malang sekali after few times I stalked your facebook, you made your facebook page into private profile. Saya dah tak dapat nak stalk facebook awak and tak dapat nak tengok gambar awak lagi. Kecewa tau saya?

Saya memang lagi tua dari awak. Setahun je kot bezanya. Tahun ni insyaAllah saya grad kot. Saya penah ckp kt D, nak aje bila dah nak habis semester nanti pergi jumpa awak and bagitau awak macam ne “saya suka kat awak. Tapi pasni kita jangan jumpa lagi eh? Sebab saya dah malu ni”. Tapi memang saya tak berani kot. Takut-takut la sekali jumpa lagi awak saya tak tau celah mana nak sorok muka ne. Haha

Dah tak dapat nak usha awak lagi. Ikutkan hati nak je gi kerja kat library tu. Sebab apa? Semata-mata nak jumpa awak hari-hari. Tapi nak wat macam mana kan? Setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan. Saya rasa sampai sini je kot appearance awak dalam episode hidup saya. Terima kasih for being there to lift up my mood everyday when I was having hard time studying at university.

Harap-harap later when we meet again we can be friend and talk to each other. Macam mustahil je tapi ini cuma angan-angan saya yang rasanya takkan ada cara untuk mencapainya. Semoga awak berjaya untuk sem2 yang akan datang. Last but not least, saya suka gila kat awak =)

Dari: Saya

Pengirim : aku pemerhati

Tuesday, April 10, 2012

Kau Korupsi

Wahai si koruptor,

Aku percayakan kau dalam segala perkara. Aku selalu fikir yang kau seorang yang bertanggungjawab. Aku fikir kau boleh pegang amanah ini tapi sikap kau yang korup telah membuat hati aku hancur kerana percayakan kau. Sudah lama kita berkenalan dan bekerja bersama, tapi kerana imbuhan dan duit, sanggup kau menggelapkan mata lantas mengkhianati amanah yang diberikan.

Apalah sangat imbuhan yang dijanjikan itu wahai koruptor? Tidak cukupkah imbuhan yang diberikan untuk kau memegang amanah tersebut? Kenapa kau ni korup sangat? Mata duitan. Kau tahu tak rasuah itu adalah salah satu dosa besar di sisi Islam? Tidakkah kau takut duit-duit haram itu mengalir di setiap inci badan kau? Tidakkah kau fikir wahai koruptor?

Kau kata kau boleh pegang amanah itu tapi sekarang, janji hanya tinggal janji. Kau tinggalkan amanah untuk kepuasan diri kau sendiri. Hanya kerana emak dan ayah merasuah kau dengan RM2, kau pun gelap mata lantas melaporkan perihal aku hisap rokok di tepi loji kelmarin! Mana janji kau untuk rahsiakannya setelah puas kau habiskan fulus-fulus aku semata-mata untuk belikan Beyblade yang kau nak! Kau korup! Kerana korupsi kau, aku kena detention kat rumah ni! Tak guna. Kau tidak layak memegang amanah kerana kau korup.

Ikhlas,
Abang kau yang tak cukup umur.

#P.S: aku jumpa gambar kau hisap rokok. Matilah kau aku repot kat mak ngan ayah!