Sunday, April 15, 2012

[Kiriman] Saya Harap Awak Kuat.


Untuk awak yang sedang lemah , tidak kuat , dan tidak berdaya .

Awak , diam bukan bermakna saya langsung tidak mengambil tahu apa yang terjadi pada awak . Saya tahu . Saya sentiasa mengambil tahu dan mengikuti perkembangan awak . Maaf saya pohon kerana langsung tidak menunjukkan sokongan terhadap awak . Bukannya apa , sebagai kawan , selama ini banyak kata - kata semangat dan jalan penyelesaian yang saya telah curahkan kepada awak di atas kesedihan awak yang selalu datang disebabkan dia yang awak cinta , dan sekarang ini dia sudah pun pergi meninggalkan awak . Masalahnya awak tidak dengar .

Kalau dulunya ,
dia selalu ada untuk awak . Apa saja yang berlaku dia khabarkan pada awak . Baik mahupun buruk . Apa saja cerita . Buatkan hari - hari awak gembira . Awak bebetul sepenuh hati sayang dia . Hari - hari dilalui dengan gelak tawa . Awak punya keinginan untuk memiliki dia . Buat selamanya . Menjadi suri hidupnya , itu impian awak . Tak kesahlah apa pun yang terjadi awak ingin bersama dia . Untuk itu , awak selalu rasa gundah , gelisah , takut , kalau satu hari nanti dia pergi meninggalkan awak . Awak takut awak tidak dapat terima hakikat yang dia bukan untuk awak .

Perasaan gundah itu awak yang cipta . Kalau tidak , perasaan itu tidak akan datang . Adakalanya awak berdua bergaduh sebab benda yang remeh temeh . Yang saya fikir ianya bermula dari sikap awak yang suka berfikiran negatif .

Dan sekarang ,
apa yang awak risaukan itu , sudah pun berlaku . Sudah pun terjadi . Dia telah pergi . Awak tidak dapat terima , dia tinggalkan awak dengan hanya melalui satu panggilan telefon sahaja . Bukankah lebih baik kalau dia berjumpa awak , terangkan apa yang tidak puas di hati , secara depan - depan .

Saya tahu awak tidak dapat menerima apa yang berlaku . Seorang yang bebetul awak sayang sepenuh hati meninggalkan awak di kala awak bebetul memerlukan dia . Awak nak tahu , saya juga pernah rasa . Ketika itu , saya rasakan seperti separuh dari jiwa saya hilang . Saya pernah terfikir untuk hilangkan ingatan saya supaya saya bisa melupakan dia . Tapi apa yang membuatkan saya boleh bertahan , hati yang kuat . Saya kuatkan hati saya . Perkara ini mengambil masa berbulan - bulan , barulah saya benar - benar boleh melupakan dia .

Awak bayangkan orang yang selalu awak ajak bercerita , yang adakalanya cerita remeh pun awak habis ceritakan pada dia , tetiba dia hilang . Awak rasa kekok , rasa tidak berguna langsung telefon bimbit itu yang dulunya berbunyi di kala mesej dan calling si dia masuk . Sekarang tidak lagi . Kalau boleh rasa mahu hempas telefon bimbit ke dinding . Apa gunanya ada telefon kalau sunyi sepi sahaja padahal tidak disilentkan .

Gadis yang kuat ialah seseorang yang menangis pada waktu tidur mengenangkan pelbagai masalah , dan bangun dengan senyuman pada wajah mereka .

Untuk pengetahuan awak , saya tidak pernah menghebohkan perkara ini kepada umum . Kebanyakan daripada mereka langsung tidak tahu bahawa antara saya dengan dia telahpun berakhir . Oh ini cerita zaman  2010 dahulu . Berkongsi masalah di laman sosial pada saya bukanlah makin menyenangkan hati  , tapi keadaan akan menjadi lebih teruk . Ada pihak yang akan menyalahkan kita dan ada pihak yang akan menyokong kita . Bagaimana pula kalau pihak yang menyalahkan itu lebih ramai ?

Tidakkah makin sakit hati kita ?

Banyak lagi orang yang belum awak jumpa .  Buat masa ini memanglah awak rasa si dia yang terbaik , sebab awak tidak lagi berjumpa dengan orang yang lebih baik dari dia , yang mungkin orang itu ialah pemilik awak yang sebenar . Awaklah tulang rusuk kiri orang itu . Dan perjalanan hidup awak masih jauh . Perlukah awak lemah hanya kerana seorang lelaki yang bila mana Allah memanggilnya pergi , dia tidak bisa untuk menghentikan malaikat maut untuk mencabut nyawanya ? Perlukah ? Bukankah ada kekasih yang lebih besar yang tidak akan mati , yang tidak akan meninggalkan awak . Tidakkah awak tahu ?

Kekasih ini sentiasa memerhatikan awak , memberikan awak kehidupan , yang tanpaNYA awak tidak boleh hidup . Tidakkah awak nampak ? Tidakkah awak perhatikan dengan jelas ? Ini adalah cinta yang tidak akan mati . Tidak akan luput dek zaman .

Oleh itu , janganlah bersedih . Kuatkan hati awak itu . Adakah awak mahu kehidupan awak ranap selepas ini hanya kerana seorang lelaki ? Pilihan di tangan awak .

dari seorang kawan yang jauh 

Pengirim : Gdsbnga


No comments: