Wednesday, April 4, 2012

[Sumber] Saya Tak Akan Suruh Awak Tunggu.


Untuk Awak,

Saya tak akan suruh awak tunggu. Awak, saya tak akan suruh awak tunggu. Walau macam mana saya sangat inginkan awak, Tapi satu perkara yang saya tak akan suruh awak buat ialah, tunggu saya. Sebab saya tak tahu, Sangat tak tahu apa yang Allah dan rencanakan untuk kita. Sebab saya tak pasti, apa yang Allah mahukan dan telah tetapkan untuk kita. Awak, saya tak akan suruh awak tunggu. Kalau awak jumpa seseorang yang lebih baik dan lebih sesuai, maka pergilah padanya. Jangan terus menanti pada yang tak pasti. Jangan terus mengharap pada yang tak pasti. Jangan, itu akan hanya membuat awak kecewa kelak.

Awak, saya tak akan suruh awak tunggu. Sebab saya tak mahu awak kecewa. Penolakan saya, sudah cukup membuat awak kecewa kan? Dan permintaan saya supaya awak menunggu? Itu cuma suatu penyeksaan bukan? Pergilah awak. Pergi cari kebahagiaan yang Allah dan takdirkan. Carilah seseorang yang lebih baik. Yang lebih baik itu banyak, dan pastinya ada. Jangan terus menunggu, dalam harapan palsu, dalam angan-angan dan impian yang mungkin tak akan pernah jadi kenyataan.

Yang benar,
Saya.

Nota Pejabat : PKS dapat ni daripada tumblr, rasa 
macam suka sangat isinya, kalau rasa karyanya 
dijiplakboleh mohon PKS turunkan ya.

2 comments:

Unknown said...

sangat suka dengan surat ni :) isinya terlalu bagus walaupun pendek.. cukup bermakna untuk dibaca apatah lagi untuk dialami..

Unknown said...

baik, jika itu yg awk mahu. saya akan pergi.jika sy menunggu, ibarat mengejar bayang2 yang bisa buat sy tersungkur. :/