Saturday, April 21, 2012

[Kiriman] Love To The End


Kepada N.E.I.L,

Awak ingat tak, bulan 6 Januari 2008. Awak menghulurkan salam persahabatan kepada saya. Saya tak nak sebab saya pegang prinsip saya. Hampir setiap hari awak kacau dan ugut saya. Awak tahu tak, kita ada STPM akhir tahun itu. Saya kena jaga banyak hati orang. Awak pentingkan diri. Sampaikan perkara ini heboh satu sekolah. Saya malu sangat. Disebabkan itu, saya terpaksa jawab salam persahabatan awak tapi bersyarat.

Manusia memang tak pernah puas kan? Dalam masa kita berkawan, awak mula menyimpan perasaan kepada saya. Awak dah langgar syarat saya. Saya tak marah. Saya tahu itu fitrah manusia. Tapi, tindakan awak itu akan memusnahkan diri awak, saya dan si dia. Si dia dah bagi hati dia dekat awak. Sepatutnya awak jaga. Tapi, kenapa awak nak juga hati saya? Sungguh, saya sayang awak. Sebagai kawan.. Sebab itu, saya terpaksa menghindari awak. Sejak itu, awak mula buat perangai awak yang lama. Malah, awak sanggup putuskan hubungan hati dengan si dia. Kenapa awak tak pernah faham saya? Saya menyesal menyambut salam perkenalan awak. 

Tapi, sungguhlah doa awak supaya saya sambut perasaan awak, termakbul jua. Hati saya, ALLAH yang pegang. Jika ALLAH dah palingkan hati saya untuk awak, maka كون فيكون... Saat saya ingin melafazkan kata hati saya. Tanpa awak sedar, awak dah hancurkan hati saya. Sungguhlah, setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Mesti awak tak sangka bayang disebalik pintu itu adalah saya. Saat awak dan classmate berbual pasal saya. Alangkah peritnya hati saya. Awak mengatakan saya orang kedua penting dalam hidup awak dan si dia adalah orang pertama. Bodohnya saya. Saya tak kisah awak tak pilih saya. Tapi, awak bertekad nak juga hati saya. Awak memang tamak. Saya tak kan rampas hak orang lain. Sampai hati awak. Begitu mudah bagi awak kan. Sejak saat itu, saya mula mengelak dari awak. Biarlah orang nak cakap apa pun. Dunia saya adalah belajar dan belajar..
Masa dalam dewan peperiksaan, awak ditakdirkan duduk di sebelah saya. Awak sapa saya, tapi saya hanya buat tak tahu. Saya tekadkan hati. Awak cuba tegur saya. Tapi, saya hanya pandang awak sekilas. Luaran saya nampak tenang, tapi hati saya menangis. Sampailah hari terakhir, awak tunggu saya kan. Sebab saya orang yang terakhir keluar. Awak hanya pandang saya dan termenung jauh. Tapi, saya bergegas nak balik awal. Saat awak teriak nama saya, saya hanya melambai pergi. Saya tak berani menoleh ke belakang, sebab airmata saya tumpah juga di situ.
Awak pernah cakap awak nak kita sama-sama future study sebab awak nak jaga dan lindungi saya. Saya pegang kata-kata awak. Tapi kini, hanya saya yang jauh mengorak langkah. Saat saya menjejakkan kaki ke menara gading, saya tercari-cari bayangan awak. Awak biarkan saya tanpa hala tuju. Begitu mudah awak lafazkan, begitu cepat awak lupakan...

Dalam masa 4 tahun ni, saya masih tak dapat nak buang awak dari hidup saya. Kita berkenalan dalam masa 1 ½ tahun, tapi saya nak buang awak dalam masa 4 tahun pun payah. Saya dah cuba buka hati saya untuk orang lain, tapi hati saya hanya ada awak. Sebab saya tahu, sekali saya buka hati untuk seseorang, selamanya akan terus begitu. Akhirnya, saya pasrah. Hati saya ALLAH pegang. Awak tak kan dapat cari saya lagi sebab saya tak nak berkait lagi dengan awak. sebab saya tak kuat nak berhadapan dengan awak. Reunion kita pun saya tak datang kan. Harapan saya kini nak tengok awak bahagia di dunia dan di akhirat. Buanglah sikap baran awak tu. Bestfriend awak pernah cakap kat saya, hanya saya perempuan yang mampu bertahan dengan sikap awak tu. Betul atau tidak. Wallahualam...

Biarlah semuanya berakhir di sini... Saya tak pernah menyesal mengenali awak. Sekurang-kurangnya saya pernah berada dalam hati awak walaupun sebagai pilihan terakhir. Saya akan simpan rahsia dan nama awak sehingga akhir nafas saya. Maafkan saya. La Tahzan.. Doa saya untuk awak setiap kali di hujung penghabisan solat, “Ya Allah, kalau aku rindu padanya, Kau peliharalah kerinduanku ini agar tidak melebihi kerinduanku padaMu. Ya Allah, kalau dia memang tercipta untukku, dekatkanlah dan satukanlah hati-hati kami. Dan seandainya dia bukan ditakdirkan untukku, maka Kau peliharalah hatiku dari terus mengingatinya.” Amin...


XOXO,
ANNA 

Pengirim : ---

No comments: