Monday, April 16, 2012

[Kiriman] Bukan Pilihan Hati .



Buat insan yang ada seperti tiada ,

Awak apa khabar? Dah lama sangat saya tak terima berita dari awak. Sumpah saya rindu. Sampai bila mahu berdiam diri? Sampai perasaan saya dekat awak mati? Begitu ya?

Maaf awak, saya dah penat tanggung rasa ini sendirian. Sedangkan awak pergi tanpa penjelasan. Diamkan saya tanpa sebab. Tinggalkan saya dengan seribu tanda tanya. sakit. bukan mudah nak lalui semua ini seorang diri lepas semua ini awak bawa pergi. Dah tiba masanya saya perlu terima hakikat yang awak takkan kembali berpaling pada saya lagi. 

Sekuat mana pun saya cuba pertahankan, hati awak tak pernah terusik. Hati awak takkan pernah ada untuk saya. Bukan salah awak untuk terus mengagungkan cinta si dia. Mungkin khilaf saya sendiri yang silap menduga. Perasan dianggap istimewa padahal biasa-biasa saja. Ah, perempuan memang mudah jatuh hati tetapi payah untuk melupakan.

Kalau awak yakin suatu hari nanti dia akan membalas cinta awak, teruskan. Saya doakan suatu hari nanti ada bahagia di hujung sana. Biarlah saya sakit sekarang. Sekurang-kurangnya saya tidak lagi berharap. Menanti sesuatu yang belum pasti berpihak kepada saya. Undur diri mungkin jalan yang terbaik. Saya redha kalau itu yang awak mahukan sejak dulu. 

Maaf kerana tak mampu lagi untuk setia menunggu. Air mata saya pun kenal juga erti jemu apatah lagi hati saya yang sudah lelah untuk lalui semua ini. Jika benar awak mencintai dia, lepaskan saya dengan cara yang baik. Jangan jadi pengecut. Saya terima apa pun keputusan awak biar pun saya tahu ianya amat sakit. Sesungguhnya saya sudah penat mengejar bayang-bayang yang bisa buat saya tersungkur ke tanah.

Untuk awak, walau apa pun yang jadi berjalanlah tanpa henti. Jangan pernah menoleh ke belakang. Anggaplah saya ini hanya persinggahan di hati awak. Mengenali awak bukan satu penyesalan. Tetapi satu kesyukuran. tetap menghargai walaupun diri ini sudah tidak lagi dipandang. Kerana awak pernah beri saya bahagia.

“ Ya Allah yang Maha mengetahui segalanya, jika kehadiranku mengganggu hatinya , tidak membawa kebaikan padanya, maka kau pisahkanlah kami biarpun akan ada yang terluka.”

Cuba melewati segalanya yang kian berubah. Mohon maaf wahai hati. 

Daripada Kekasih yang tak dianggap. :”)

Pengirim : Si Hati Kaca 

5 comments:

Anonymous said...

Si Hati Kaca, saya juga pernah melalui dan merasai apa yang awak rasa. Memang pedih. Pedih yang tak boleh diekspreskan. Tak mudah untuk kita lihat orang yang kita berikan hati memberikan hatinya pada orang lain. Tapi kita tak boleh salahkan dia. Itu hak dia kan? Keep moving. Someone is waiting for you out there :)

ஜ miss klanika ஜ said...

andai melepaskan itu yg terbaik,maka lepaskan lah ~

Cangkul Emas said...

Kita serupa~~~~~~dulu..
Kita serupa~~~~~~dulu..

Rain said...

pedih membaca dan lebih pedih bagi yang merasa..

Unknown said...

seremuk mana hati kita dilukai, ingat karma itu ada dan yang pasti Allah selalu ada. mengadulah pada Dia. :')