Friday, April 6, 2012

[Kiriman] Dia.. Dalam Ramai.




Assalamualaikum awak, Encik Misteri saya.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, saya asyik teringatkan awak. Ya. Awak yang saya langsung tak kenal rupa, perangai, segala-galanya mengenai awak. Awak dalam ramai, ramai orang di sekeliling kita. Awak dalam ramai lelaki yang mungkin punya lebih banyak kelebihan daripada awak. Awak yang saya tidak tahu di mana keberadaannya. Awak yang saya langsung tidak ada petunjuk. Awak... dalam ramai.

Encik Misteri,

Saya pernah bermimpi. Hampir dua tahun berlalu sejak mimpi itu dan saya masih ingat akan mimpi itu. Lelaki di dalam mimpi saya itu seakan-akan sama dengan ciri-ciri lelaki idaman saya. Tetapi saya tahu, mungkin mimpi itu mainan tidur aje. Jadi, saya tak hiraukan sangat. 

Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki sepanjang hayat saya. Walau sewaktu di zaman persekolahan ramai rakan sebaya yang bercinta, tapi saya memilih untuk hidup sendiri tanpa teman untuk bercinta. Sebab apa? Sebab saya ingin bersendiri. Tak ada sebab yang penting. Cuma saya rasa saya nak fokus pada pembelajaran dan malas nak bercinta.

Alhamdulillah, saya gembira dengan hidup saya. Sekarang, saya sudah matang berfikir dan saya cukup bersyukur kerana tidak pernah berikan hati saya pada sesiapa. Sebab saya nak jaga hati saya baik-baik sebelum diberikan kepada awak. Saya akan cuba jaga sedaya upaya hati ini. Insya-Allah. Doakan saya ya?

Encik Misteri,

Saya harap awak jaga diri awak baik-baik. Jaga agama awak, saya nak awak jadi pembimbing untuk masuk ke jannah Ilahi bersama-sama awak. Saya sedar awak mungkin tak akan baca coretan ini sebab saya sendiri tidak kenal awak, tidak tahu di mana awak berada, cuma saya tetap nak coretkan ia.

Saya mahukan kehidupan kita sentiasa dalam rahmat Ilahi. Dan saya perlukan awak untuk bantu saya dalam semua ni. Saya sedar saya cuma seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa kelebihan, jadi awak mungkin dapat melengkapkan diri saya. 

Encik Misteri,

Saya akan sentiasa menunggu awak dan saya berharap awak juga akan menunggu saya. Jikalau hati awak berkata sayalah orangnya, jangan teragak-agak untuk mengatakannya. Insya-Allah ianya akan menjadi permulaan kepada hubungan yang baik. 

Sehingga kita bertemu, Encik Misteri. Assalamualaikum :) 

Pengirim : Aku.. Dalam Ramai

No comments: