Thursday, April 5, 2012

Untukmu kawan.

Kepada kawan,

Kawan, aku rindu sangat dekat kau. Apa khabar kau dekat sana? Aku harap semoga kau baik-baik aje. Jangan risau pasal aku sebab aku bahagia di sini.

Kawan, aku rindu... rindu nak sembang-sembang dengan kau. Perasan tak sekarang ni kita dah jarang bersembang-sembang? Kau sibuk dengan hal kau, dan aku sibuk dengan hal aku tapi percayalah, aku tak pernah lupakan kau.

Kawan, aku takut. Takut sangat kalau suatu hari nanti, kita bukan lagi kawan baik. Aku takut kau akan lupakan aku dan akhirnya hubungan persahabatan kita terputus macam tu aje. Aku sedih kalau perkara macam tu berlaku dekat kita.

Kawan, aku nak kau tahu yang aku sayang kau. Kaulah kawan paling terbaik yang aku pernah ada. Terima kasih untuk segala-galanya. Harapan aku cuma satu. Jangan pernah lupakan aku kerana insya-Allah, kau akan selalu berada dalam ingatanku.

Daripada,

Kawanmu yang merindu...

No comments: