Saturday, May 25, 2013

Dari Pejabat Pos Syurga 6 : Kami Turut Menerima Pelbagai Jenis Pesanan!


Disini kami mahu update jenis-jenis pesanan yang kami terima. Dalam format faks, email, puisi, pesanan ringkas, catatan peribadi, sajak, syair, surat, video, pesanan suara? dan pelbagai jenis lagi. Kami menerima pelbagai jenis genre juga, cinta, kecewa, thriller, noir, sahabat, seram, mistik, keluarga, sarkastik, politik, tak puas hati dan macam-macam lagi. Mahu hantar surat anda, ini langkah-langkahnya.

1. Klik pada tab diatas yang tertulis hantar surat
2. Isikan nama anda jika mahu,nama pena ataupun biarkan kosong.
3. Isikan email anda. Ini wajib untuk kami contact anda.
4. Subject, isikan tajuk surat anda.
5. Tuliskan surat anda pada ruangan message.
6. isikan website anda jika mahu, terutama sekali jika anda sertakan nama, jadi kami akan link kan ke blog anda. boleh dibiarkan kosong.
7. Jawab anti spam protection
8. klik Send message!
9. Done =)

Pesanan kami, gunakan ejaan yang betul. Surat anda akan di pos ke blog kami secepat mungkin. Tiada lagi masa tetap untuk surat dikeluarkan. Kebiasannya sehari satu surat (itupun kalau surat ada). Anda akan menerima email balas daripada kami untuk mengetahui tarikh surat anda diposkan. Jadi ini peluang anda untuk berkongsi kepada kami. Mana tahu orang yang anda ingin tujukan tu terbaca nanti dapatlah dia tahu isi hati tu :) Jangan risau identiti anda kami boleh dirahsiakan :) Sebarang pertanyaan boleh juga tanya pada @amirazoe155 dekat twitter :)



Terima Kasih Kerana Menggunakan Perkhidmatan Posmen Ke Syurga.


[Kiriman] Tolong


Name : Saya, bukan nama sebenar
Subject : Tolong

Message :
Saya ada masalah. Memang semua orang ada masalah. Tapi apa awak buat jika orang yang selalu awak kongsikan masalah kini menjadi masalah awak?

Saya ada masalah ni :(
Ada tak... sesiapa yang nak tolong dengar?
Maksud saya, baca.
Tak boleh selesaikan pun tak apa. 

Friday, May 24, 2013

[Kiriman] Surat Untuk Papa


Dari lubuk hati untuk papa di alam sana.
Adakah rasa ini akan sampai padanya?
;')

Aku rindu papa.
Terlalu mudah hati aku menangis rindu kan papa.

Kamu tahu kenapa?
Mari sini aku cerita rasa hati aku..

AKU..
Terlalu..

Rindu.
Tapi tak mampu jumpa.

Rindu.
Tapi tak mampu dengar suara nya.

Rindu.
Tapi cuma mampu tatap gambarnya.

Rindu.
Tapi cuma mampu mendoakan nya.

Rindu.
Tapi cuma mampu bacakan Yasin, Al- Fatihah sahaja.

Rindu.
Sampai terkadang tewas teruk pada esak sendiri.

Aku redha.

Aku mahu beri Syurga pada mereka berdua,
Pada arwah papa aku, juga buat ibu aku.
Akan aku jaga ibu aku selagi ada.
In Syaa Allah. Aku tahu Allah ada bersama ku.


kiriman : panda jepun 

Thursday, May 23, 2013

Encik Doktor


Kepada: Doktor

Doktor. Hanya sekadar pekerjaan. Namun manusia di sebalik gelaran doktor itu betul-betul membuat aku kagum. Semua orang cari dia. Bila sakit semua orang tanya di mana dia. Banggakah dia? Ternyata tidak. Katanya, dia hanya manusia yang hidupnya bergantung kepada Allah sepenuhnya. Kesembuhan pesakit disebabkan keizinan Allah. Dia hanya boleh berusaha dan terus berusaha. Aku senyum. 

Katanya lagi, hidup sebagai doktor bukan untuk berasa takbur dan riak. Tujuan menjadi doktor ialah untuk mengejar saham di akhirat kelak. Jadikanlah pekerjaan ini sebagai usaha untuk masuk ke dalam syurga bukan ke neraka. 

Dia yang aku gelar doktor itu, bukan hanya merawat pesakit secara lahiriah tetapi rohaniah juga dia rawati. Dia bukannya jenis doktor yang pesakitnya demam, terus beri ubat demam. Dia doktor yang sentiasa tersenyum dan ramah melayan pesakit. Bersembang dan melayan pesakit seperti sahabat tanpa rasa kekok dan kaku. Katanya, di hospital itulah tempat dia menjalinkan ukhwah sesama manusia. 

Saya tabik sama awak Encik Doktor ;)

Daripada: Pesakit

Monday, May 20, 2013

[Kiriman] Surat Untuk Awak

kepada awak


Selamat pengantin baru buat awak yang dah 20 tahun bertahta di hati saya.....saya sangka selama ini kita berkongsi rasa yang sama..ternyata khabar yang kuterima dipetang hari membuatkan hati aku retak sendiri.

Kutuliskan surat ini hanya sekadar mengurangkan beban dihati yang tak siapa tahu.Aku hanya insan yang bertepuk sebelah tangan...

Kini aku pasrah dan redha dengan setiap ketentuanNYA...kau ternyata bukan tercipta untuk ku....

Semoga kau dan si dia bahagia sampai syurga.


akuinsanbiasa 

Sunday, May 19, 2013

Masa Silam.


Kepada semua,

Setiap orang ada masa silam yang gelap tak bercahaya. Sama ada kau ataupun aku. Manusia buat silap. Intentionally or unintentionally. 

Sesetengah manusia mempunyai hati yang keras bukan kerana dia degil tapi kerana orang sekeliling melayan dia dengan tidak adil dan berat sebelah seolah-olah dia manusia yang tak ada hati dan perasaan. 

Dan kisah silam yang satu ni buat aku jadi sangat suka memberontak dan membenci. Tapi ada satu saat aku mula sedar, kenapa nak membenci kalau diri sendiri yang sakit? Kenapa nak berdendam, kalau akhirnya diri sendiri yang terluka? 

Akhirnya aku cuba untuk memaafkan. Payah memang payah tapi aku cuba dan dengan izin Allah SWT, aku harap aku akan dapat memaafkan mereka dengan seikhlas hati. 

Dan aku tahu Allah sentiasa bersama aku dalam perjalanan mencari diri sendiri yang semakin hilang ini.

Daripada,

Aku.


Friday, May 3, 2013

[Kiriman] Aku Bingung..


Dari : Lara Hari

bila malam menjelma, aku mula resah gelisah. Bukan kerana gangguan atau apa, tapi kerana aku takut dengan diri ku sendiri.

nafsu atau keinginan tanpa disedari.. aku tidak pasti. tapi yang pasti.. bila kala malam menjengah tiba aku resah gelisah.

mimpi atau realiti.. aku sendiri tidak pasti..bila malam datang bersama sang bulan.. berirama sendu sayup.. dengan hembusan angin malam.. aku semakin resah gelisah.......

takdir atau nasib... aku tidak dapat memastikan.. mimpi datang menyapa bila mata tertutup sudah... hati hanya diiringi dengan perasaan resah bercampur dengan perasaan berserah hanya kepda yang Esa. 

keajaiban atau magis.. aku bukan tidak percaya.. tapi suara hati pasti... aku resah bukan kerana apa.. tapi bayangan si dia menjelma.. si dia igauan masa silam ku.. kenapa menjelma lagi......  

Thursday, May 2, 2013

[Kiriman] Maafkan Aku.


Kepada : Dia yang ku panggil 'AWAK'

Assalamualaikum...

Aku tahu kehadiran kiriman ini tidak disangka sangka atau mungkin juga tidak pernah diundang sama sekali. Tapi tolonglah... aku mohon... jangan abaikannya sebelum kau menemukan intipatinya yang aku pasti akan kau perolehi sebelum nokhtanya yang terakhir. Aku janji.

Mungkin terdetik di hati kau yang aku ini macam orang buang tebiat lagaknya. Ahhh tak kisahlah apa yang hendak kau andaikan... aku tak akan ambil hati jauh sekali berkecil hati. Ialah... ajal maut Allah sahaja yang dapat tentukan... terkadang dalam lena tidur... tahu tahu terus padam di pembaringan...

Sebenarnya... aku sudah berkali kali menahan jemari ini untuk menyusun ayat membentuk kata. Tapi ternyata... hati rupanya berkomplot sama mendera... memaksa dan terus memaksa. Lelah dan semakin tidak berdaya aku jadinya apabila ianya terus terusan meronta ronta... Sejenak dalam sedar aku bertanya pada Tuhan. Ya Tuhan.. seandainya memang benar hati kau sama sekali tidak pernah aku tersakitkan... maka jauhkan segala macam rontaan ini dalam relung jiwaku. Tenangkanlah nuraniku. Damaikanlah jiwaku. Tapi sayang... rasa itu masih tetap juga ada di situ... bertapak... menekan dan terus mengasak. Lalu dalam diam aku temukan jawapan... Maafkan aku \'AWAK\'. Aku merendahkan seluruh jiwaku memohon kemaafan di atas segala apa yang pernah aku lakukan yang memungkinkan engkau sempat merasa akan kesakitan. Walaupun dulu aku berandaian semua orang sekadar main main, suka suka... menganggap segalanya sekadar gurauan semata... sehingga aku lalai dan terlupa bahawa setiap insan itu berbeza beza... Maafkan aku.. Aku mohon kemaafan dari dasar keikhlasan kau yang paling dalam... Maafkanlah aku... aku mohon!

Kau gelakan aku ya... Tertawa kerana aku mempamirkan kebodohan ini. Dipandang bodoh pun bodohlah... tak mengapa.. asal bebanan kejiwaan ini dapat aku bebaskan. Aku sememangnya telah siap sedia menerima apa pun kemungkinan. Diherdik... dimaki... dicaci oleh kau pun tak mengapa... asalkan kemaafan itu aku perolehkan. Apa ada hal... bukan boleh dengar suara kau pun... habis tinggi baca cetakan huruf huruf roman... hihihiii 

Aku serius ni... bukan gimik atau apa apa yang negatif yang sempat melintas dalam kotak fikir kau. Aku harap kau sudi maafkan aku seikhlasnya... Terasa aku waktu semakin singkat sedangkan amalan aku tidak seberapa... pun pahala begitu juga... entah ada entahkan tiada... Tup tup di akhirat nanti kau tunggu aku di sana... menuntut yang di kanan aku... yang timbangannya sekadar ala ala sahaja... atau mungkin juga tiada... Lantaran itu... pada waktu yang masih bersisa... TOLONG.. MAAFKANLAH AKU.

Hanya itu sahaja yang aku pinta... hanya itu yang aku pohon... dan masih itu juga yang aku tuntut... Bukan macam macam... mahupun yang bukan bukan... Namun aku tahu memang payah meminta maaf... pun begitu... terlalu sukar memberi maaf. Aku pasrah... Terima kasih dari relung jiwa seandainya kau ikhlas memaafkan... Terima kasih jua kiranya kau masih meneruskan pembacaan. Maaf kerana terlalu banyak mencuri waktu kau... untuk kali ini sahaja. Itu janji aku. Moga akan aku temui kedamaian setelah segalanya aku lontarkan...

Jaga diri kau baik baik kerana pastinya Tuhan telah mengaturkan jodohnya yang terbaik buat kau. Jaga hati kau untuk dia... dan dia pasti menjaga hatinya juga untuk kau. Semoga kehidupan kau senantiasa dalam kerahmatan dan keberkatanNya.... Amin


kiriman : tinta sanubari