Tuesday, April 10, 2012

[Kiriman] Yang Terakhir.



Buat yang disayangi,

Awak.
Dah banyak surat yang saya tulis untuk awak. Kali ni, surat ni akan jadi yang terakhir. Cukup lah. Dah tiba masa untuk saya berdiri balik dan belajar melangkah tanpa awak. Dah tiba masanya untuk saya terima yang awak memang takkan kembali. Awak dah jauh melangkah. Tinggal saya yang masih belum bangun.

Awak. 
Awak tinggalkan saya, Awak pilih dia dan terus berlalu pergi. Hilang, senyap tanpa khabar, tanpa sebarang penjelasan. Tak sedikit pun awak menoleh untuk pastikan saya terus berdiri. Awak biarkan saya jatuh. 

Awak. 
Sejak dari tu, umpama kanak-kanak yang ditinggalkan, saya tak berganjak walau selangkah pun. Saya terus tunggu dan tunggu mengharapkan awak datang kembali untuk hulurkan tangan, bantu saya bangun dan bawa saya kembali bersama awak. 

Awak.
Tika saya mula berputus asa, awak kembali. Tapi bersama dia. Awak cuma mampu ucapkan kata maaf. Kata maaf yang bagi saya tak bermaksud. Awak meminta peluang untuk kembali, namun hanya sekadar sebagai teman. 

Awak. 
Bodoh ke awak. Awak sepatut nya tahu saya takkan mampu untuk menganggap awak sekadar teman. Bodoh ke awak. Awak sepatutnya tahu saya takkan mampu untuk hadir dalam hidup awak dan melihat segala kisah-kisah cinta awak bersama dia. 

Awak.
Saya takkan mampu melihat itu semua dan kemudian mengukir senyuman yang melindungi air mata. Saya tak sekuat itu. Saya tak setabah itu. Dan saya sedar tempat saya dalam hidup awak, takkan lebih dari sekadar teman. 

Awak.
Sayu hati saya bila saya rasa tak biasa bermesej dengan awak. Seolah bermesej dengan seseorang yang baru saya kenal. Sedangkan kita tidak pernah kehabisan kata dan cerita sebelum ni. Sayu hati saya bila saya rasa dah tak kenal dengan awak yang suatu masa dulu sangat saya kenal. 

Awak.
Sudah lah. Awak teruskan lah dengan kehidupan awak. Tak perlu awak menoleh atau berpatah balik lagi. Selama ni, saya harapkan kepulangan awak. Tapi bila tiba masanya awak pulang, saya sedar, bukan itu yang terbaik. 

Awak.
Saya pernah berjanji dengan awak, untuk selamanya setia, walaupun awak pergi. Untuk selamanya menyayangi walaupun awak berhenti. Sejuta maaf jika suatu hari nanti, saya mungkir akan janji-janji saya.

Maaf awak,
Jika suatu hari nanti, saya tidak lagi menunggu awak. jika suatu hari nanti, saya mampu untuk melupakan perasaan sayang saya ni terhadap awak. Jika suatu hari nanti, saya mampu untuk sayang insan lain sepertimana saya sayangkan awak. Jika suatu hari nanti, saya mampu bahagia dan gembira dengan insan lain macam mana waktu saya dengan awak. Jika suatu hari nanti, saya mampu untuk cari pengganti awak. Jika suatu hari nanti, saat saya dengar nama awak, saya mampu tersenyum dan bukan lagi menangis.

Yang menyayangi, 
unwanted

Pengirim : Unwanted

Monday, April 9, 2012

Pencuri hati.


Hari ini tiba lagi. Segalanya masih sama, seperti dua tahun lalu. Saat pertama kita ketemu.
Hati ini, masih setia, masih menuggu khabar gembira, dari kamu yang mulai kabur dari pandangan.

Selamat Hari Lahir buat si pencuri hati. 

Sumber : google
  
Kalaupun cerita kita tamat disini, hati ini masih buat kamu.
Cuma itu, hadiah yang termampu.

9 April 2012.

[Kiriman] Tidak Adil Bagi Ku.


Kepada the girls,

Aku pakai stoking dengan selipar, menjadi isu. Aku kata aku mahu berubah, menjadi isu. Aku pakai tudung labuh semenjak naik form4, menjadi isu. Aku sombong dengan lelaki, menjadi isu. Aku tweet perkara islamik, menjadi isu. Aku tunjuk header blog aku, ada tulisan "Ke arah DIA" juga menjadi isu. Aku keluar rumah sambut kalian dengan tuala di kepala, juga menjadi isu. Aku masih kekalkan pemakaian tudung yang di pin bentuk kupu kupu dan tidak bertukar kepada shawl mahupun pashmina, juga menjadi isu.

Kenapa dengan korang? Apa salah ke aku untuk menjadi seorang yang lebih baik? Ya mungkin dengan sifat dan perangai aku, aku tak wajar katakan sesuatu dan berkelakuan seperti seorang yang mahu berubah ke arah kebaikan. Tapi ketahuilah, di saat ini, tak de apa yang aku mahukan, selain merasa dekat dengan DIA, pencipta kita semua. 

Tak boleh ke korang bagi sikit moral support dekat aku. Korang tak gembira ke tengok aku ni nak berubah? Aku tak faham dengan kau. Bila aku out of control, korang suruh aku berubah. Bila aku cuba untuk berubah, korang seolah olah perlekehkan aku. Aku tak faham dengan apa yang korang nak.

Orang kata, nak berubah kena banyak berkorban. Apa korang sanggup kalau aku korbankan hubungan persahabtan kita hanya semata mata nak berubah? Tak, kan? Aku pun tak rasa aku sanggup. Orang kata, nak berubah kena kuat. Macam mana aku nak kuat, kalau kawan yang aku ada hanya korang. Dan korang jugalah yang sengaja timbulkan isu ni.

Aku senyap tak bermakna aku tidak kisah dengan apa yang korang katakan. Mungkin, mungkin apa yang korang katakan itu, adalah kata kata kosong. Tapi bagi aku tidak. Ianya segalanya bagi aku. Tolong lah faham dengan diri ni. 

Aku berdiam diri kerana aku masih tak cukup kuat untuk hadapi soalan kalian sekiranya kalian tahu yang aku mahu berubah. 

Girls, aku kecewa dengan korang.

Daripada, orang yang sudi korang jadikan kawan.

Pengirim : ----

Sunday, April 8, 2012

Soalan Untuk Dijawab

Duhai elitis,

Satu, kenapa perlu memandang enteng kami? Apakah sosiologi kami layak dipandang begitu?

Dua, kenapa darjat ini dicipta sedangkan pemikiran kita tak jauh bezanya?

Tiga, kenapa kami tidak seperti kamu dan kamu tidak seperti kami?

Empat, kenapa kami bertanyakan soalan ini?

Lima, kenapa kami belum ketemu jawapan ini?

Enam, kenapa Tuhan adakan perbedaan ini?



Tamat.


Sang marhaen.

[Kiriman] Kerana Terpaksa, Aku Lepaskan.


Kehadapan engkau, yang pernah jadi kawan baik, kawan rapat, dan juga seorang kakak.

Serius aku kata, aku dah penat untuk mencuba.
Dah tiba masa untuk aku lepaskan kau. 
Pergilah kawan, pergi. 
Cukuplah bagi aku, sekiranya aku masih berpeluang untuk menjadi seorang pemerhati. 
Hampir 3 tahun. 3 tahun aku cuba untuk betulkan hubungan persahabatan kita yang bukan sahaja retak, tapi dah roboh pon. 
Dan sekarang aku rasa, ini lah masa terbaik untuk aku berhenti mencuba kerana aku sedar, siapalah aku untuk dibandingkan dengan dia, kawan baru kau.
Dan aku juga sedar yang mungkin dah tertulis takkan ada lagi hubungan persahabatan antara kita berdua.
Dan juga supaya, sampai saat di mana kita akan berpisah kerana membawa haluan masing masing, kita akan menjadi cukup kuat untuk hadapi satu lagi perpisahan.
Terima kasih, terima kasih untuk segala duka yang kau tinggalkan. Semoga dengan adanya duka ini dalam hati dan diri aku, aku akan sentiasa mengingati kau hingga ke akhir hayat aku.

Daripada, aku, partner crime kau. 


Pengirim : ---

Saturday, April 7, 2012

Syukurlah.

Untuk sekalian manusia alpa,

Kau tau, kita hidup di dunia yang sama. Cuma, coretan hidup kita buat kita lain setiap satunya. Untung kita, jika masih mampu duduk santai sambil baca akhbar, sedut cerut di temani kopi import terkemuka. Cuma tahu geleng kepala lihat nasib manusia yang tak berdaya. 

Tapi, untung juga pada kau yang sedari kecil dah mulai lihat rupa sebenar dunia. Hidup yang sebenarnya. Yang di kelilingi pelbagai kisah manusia. Kalau setakat tahan lapar sehari dua, bukan ada apa. Sekurang-kurangnya, kau ada ilmu. Ilmu untuk hidup.

Tiap dari kita punya kitaran hidup yang berbeza kan? Jadi, tak salah kalau kita sama berkongsi apa yang kita punya. Manusia yang tak perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu, mungkin akan lemas jika dibiar keseorangan. Kau sendiri, tak salah kalau kau mau bantu dia. Pengalaman hidup yang kau ada, banyak membantu sebenarnya. 

Kau nampak mana lebih dan kurangnya sekarang? Syukurlah dengan apa yang kau ada. Kesusahan yang kau alami dulu yang bantu kau untuk berjaya sekarang. Segala kesenangan yang dia pernah ada, buat dia termanggu-manggu kerna dia belum khatam lagi ilmu perihal hidup. Syukur juga buat dia kerna belum melalui frasa kejatuhan dalam hidup. Hidup tak selalu indah? Mungkin dia belum nampak jalan yang sebenarnya. Namun, masih, tiap sesuatu yang diberi tuhan akan ada manfaatnya. 

Nah! Selamat buat kamu, manusia-manusia alpa yang selalu lupa untuk panjatkan rasa syukur, pada DIA.

[Kiriman] Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul.


pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, 

maaf kalau saya menyepi, mungkin banyak meninggalkan tanda tanya dalam kotak fikirankan..? bukan sebab rasa cinta dan sayang tu pudar, tapi sebab saya makin cinta dan makin sayang, jadi saya tak nak awak lalai, lagho sebab saya..

pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, orang asyik tanya saya, tak risau ke saya kalau awak berubah hati.. saya senyum dan saya cuma jawab, itu semua hak Allah yang memiliki hati awak, kalau DIA mmerubah hati awak saya tak ada hak untuk sekat melainkan mendoakan kebahagiaan awak..

pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, bukan saya tak merindu, bukan saya langsung tak ingat awak.. tapi, ketahuilah saya usaha semampunya untuk tabahkan hati supaya saya tak jerat diri sendiri dan awak, saya rindu sebab itu fitrah, moga tak menjadi fitnah buat awak dan saya.. boleh jadi saya lagi rindu awak melebihi awak rindu saya! tapi, jangan marah kalau rindu saya pada Allah dan Rasul melebihi segalanya.. =)

pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, jangan risau tentang hati saya, hati ini pun milik Allah.. selagi DIA izinkan maka yang menapak dihati saya hanya awak satu-satunya, insyaAllah... pada DIA saya serahkan sepenuh kepercayaan, moga Allah serahkan juga kepercayaan sepenuhnya pada DIA..

pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, kuatkan semangat awak yea..? kita bermujahadah sama-sama..
jalan ke syurga tu penuh duri tak akan ada indahnya, ingat satu hal.. saya tak nak jadi penyebab awak ke neraka, tapi kalau boleh saya nak jadi peneman awak ke syurga abadi.. menjadi bidadari awak satu-satunya..

pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, bila tiba waktunya saat saya dan awak dah bersedia, dalam barakah dan rahmat dari-Nya, seikhlasnya saya terima mahar senafkah Al-quran dari awak, sebagai tanda hatiku milikmu yang Allah pinjamkan dengan cara yang halal disisi-Nya..

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
(ar-rum ayat 21)

sabar itu susah,sabar itu cape, sabar itu sakit,sabar itu stres, tapi ketahuilah.. sabar itu indah... maka pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, moga-moga kita sama-sama sabar yea awak... =) 

Daripada : Nursyaida.

Pengirim : Nursyaida

Friday, April 6, 2012

Kepada Semua Manusia Sibuk

Kepada,
Awak yang selalu sibuk.

Hai awak di sana ? Kalau belum solat silalah solat dahulu sebelum membaca surat saya. Jangan sampai terlupa solat apabila asyik dengan dunia, akhirat jangan lupa tau..

Awak tahu kan yang solat itu lima waktu sehari semalam, dan solat itu tiang agama. Cuba awak tengok tiang rumah tu, nak buat tiang kena tahu bahan-bahan untuk buat tiang. Nak jadikan tiang kena tahu ukuran dan kepanjangan, supaya sesuai dengan bumbung yang hendak didirikan. Bahan-bahan untuk buat tiang pulak kena sesuai, kalau tak sesuai nanti tiang tu tak kukuh. Boleh runtuh bila-bila masa, silap haribulan tiang tu jatuh atas kepala. Kesian awak..

Nak jadikan tiang sahaja kita kena baca dan tahu apa bahannya. Solat ? Takkan hanya bersolat tetapi tidak tahu apa yang terkandung di dalamnya kan ?

Awak nak tahu sebab apa tak khusyuk ? Sebab kita tak tahu apa benda yang kita baca waktu solat tu. Cuba kita tahu, tentu kita dapat hayati setiap makna dan perkataan yang kita baca.

Awak, saya nak bagi satu video supaya awak tengok dan awak hayati.