Sunday, April 29, 2012

[Kiriman] Surat buat dia yang jauh!




Kepada : awak yang saya rindu.

Assalamualaikum awak..
Awak apa khabar? moga awak sentiasa sihat dan dalam keberkatan Tuhan yang Maha Pengasih.

Awak...awak kenal saya lagi kan?orang yang penah wujud dalam hidup awak suatu ketika dahulu,yang awak penah kenal sedetik waktu.Awal perkenalan kita dulu,masa tu saya bekerja dengan pak lang saya(sepupu mak),saya nampak awak dan awak pun nampak saya,mata kita bertaut tanpa kita sedar.Itulah pertemuan pertama yang awak dan saya tak pernah rancang.Masa tu saya rasa cam awaklah lelaki idaman saya selama ni.

Awak...hari tu saya dapat tahu yang ayah awak nak awak bekerja dengan pak lang saya,saya senyum sorang-sorang.Sebelum tu saya ingatkan awak ni penghantar barang,rupanya awak anak kepada rakan kongsi pak lang saya.Saya rasa gembira sangat-sangat sebab saya boleh jumpa awak lagi walaupun dari jauh je tapi saya tetap puas hati boleh menatap wajah awak.

Awak...pagi tu saya pergi kerja dengan abang saya,masa saya sampai awk dah ada kat depan kedai.Saya tak tahu apa yang awak fikir bila nampak saya dengan abang saya.Saya terus masuk ke dalam kedai tanpa hiraukan awak.Lepas tu saya keluar pula sebab nak ke kedai nak beli air kat kedai hujung simpang.Awak duduk kat situ lagi,saya berjalan di depan awk,awak tanya saya \"nak ke mana?\",saya balas \"nak pi kedai beli air\".Saya tengok awak cam nak bersembang dengan saya je tapi saya tak layan awk,lagipun awak takde kawan nak bersembang.Awak tahu,masa tu dalam hati saya berbunga sangat sebab dapat bercakap dengan awak,gembiranya saya.

Awak...awak ingat lagi tak,kat tempat kerja tu,kita selalu kena usik dengan mak lang dan akak dan abang kat situ,saya bawa bekal,diorang gitau awak yang lauk tu mak mertua awak yang masak(mak saya),saya malu sangat tapi saya suka.Muka awak merah sebab makan sambal yang akak tu buat,sambal tu memang pedas tapi awak makan jugak.Selama kita bekerja kat situ,kita jarang bersembang,masa takde pun tuk kenal dari hati ke hati.Lagipun saya tak sepadan dengan awak,awak anak orang kaya,ada rupa yang kacak,bijak dalam pelajaran dan agama,sedangkan saya tak punya apa yang awak ada.Tapi satu je yang saya tak suka sal awak,awak suka merokok tapi ayah dan mak cik awak tak tahu,pandai kan awak simpan rahsia.

Awak...hari tu saya dapat tahu yang ayah awak carikan calon tuk awak,dia adik kepada kawan awak,saya risau sangat tau.Pastu saya dapat tahu yang awak dan dia tak jadi tunang sebab perangai ayah dia yang suka mendesak ayah awak.Saya happy tak terkata bila dapat berita tu.Saya dah tak lama dah keja kat situ,saya dapat peluang lanjutkan pelajaran.Dalam masa yang sama awak pun nak sambung belajar kat Mesir,saya terluka sangat awak,lepas ni mungkin saya tak kan jumpa awak lagi.Saya bersedih di dalam hati.

Awak...saya berharap sangat yang saya boleh berjumpa dengan awak lagi,biarpun sekejap saja tapi tu dah cukup buat saya.Sampai sekarang saya masih rindukan awak walaupun dah 3 tahun berlalu.Saya berharap suatu hari nanti awak akan datang meminang saya tuk jadikan peneman dikala awak sunyi dan watak utama dalam cerita hidup awak.Tetapi jika kita tidak berjodoh,saya doakan agar awak bertemu dengan wanita solehah tuk dijadikan suri hidup dan berbahagialah awak didunia dan diakhirat.Awak,terima kasih kerana pernah mengisi hati saya disaat hati saya kosong daripada cinta manusia.Saya akan sentiasa rindukan awak hingga ada seseorang yang boleh mencuit hati saya nanti.Wassalam.

Daripada : saya yang rindukan awak. 
Pengirim ---

Wednesday, April 25, 2012

Aku Mahu Terbang



Aku mahu terbang di atas langit biru itu. Menikmati ketenangan dan kebahagiaan di atas sana. Bersama burung-burung yang masih kenal erti hormat sesama makhluk. Walaupun seekor burung. Aku kagum dengan peribadinya. Di atas langit biru itu, aku boleh terbang bebas tanpa memikirkan masalah yang berkerumun di jiwa. Biar saja masalah-masalah itu jatuh satu persatu di atas lantai bumi, aku rela. Biar saja masalah-masalah itu dibawa angin lalu, aku sangat merelakannya. Melarikan diri? Mungkin. Argh, pegecutkan aku? 

Aku mahu terbang. Tapi mungkin langit yang cerah itu akan berubah menjadi kelam. Mungkin saja warnanya yang biru itu berubah menjadi kelabu-hitam. Sungguh saat ini aku mahu kekecewaan ini diganti dengan titis-titis hujan yang lebat buat kali terakhir. Biar semua perasaan ini pergi tidak kembali lagi. Namun aku tertanya-tanya, kenapa harus aku berperasaan sebegitu sedangkan aku tidak layak langsung mempunyai sekelumit pun rasa itu? 

Sungguh aku mahu terbang sekarang.
Tolongkah fahami diri ini.


Yang Mengharap,
Aku Mahu Terbang.

Tuesday, April 24, 2012

Sang 'Forever Alone' di Facebook

Kepada si Forever Alone,

Akhir-akhir ini, saya ada menjenguk laman sosial yang semakin melalui zaman gelapnya, iaitu Fesbuk. Saya lihat, walaupun Fesbuk ini sudah semakin tenggelam dengan kehadiran Si 'chipchip' Twitter, namun begitu masih lagi ramai dikunjungi peminat-peminat dan penggunanya yang rata-rata terdiri dari kanak-kanak, remaja baru nak naik, warga emas dan klon-klon selebriti tanah air mahupun luar negara untuk mengejar publisiti murahan. Tidak kurang juga golongan-golongan yang suka sangat buat page berdasarkan catchphrase-catchphrase murahan yang didapati dari filem-filem tanah air khususnya. Eh, banyak pula saya berceloteh tentang laman sosial ini ye. Takut terlajak lari tajuk pula nanti.

OK, pada suatu petang yang hening, diiringi bunyi burung-burung berkicauan, tidak kurang juga bunyi nyamuk-nyamuk berdesing kerana maghrib yang semakin hampir (itu kan waktu merayau diorang), aku bukalah laman sosial ini. Lihat setiap posts dan status updates yang berjela-jela dinukil oleh fren-fren aku. Time tulah, aku entah bagaimana dan macam mana entah, tiba-tiba terfikir tentang kau yang lama sudah aku tidak dengar berita. Aku pun tekanlah nama kau. "Polan 'Sipolan' Pulan". Nama glamer lah katakan. Terngiang-ngiang di telinga aku cerita lama kau yang kau dulu berkawan dengan selebriti-selebriti terkenal ketika bekerja di Radio ***, atau lebih tepat Skuad ***, atau lebih tepat lagi, balaci angkut hadiah skuad itu. Aku masih ingat dulu kau tayang gambar kau bersama penyanyi-penyanyi hasil program realiti di satu siaran televisyen. "Wah, beshnyer  kau kerja dengan mereka ya kawan..", itu kata aku pada kau dulu. Aku lihat, wah, gambar-gambar itu memang banyak di fesbuk kau. Popular sungguh kau sekarang. Artis pun nak ambil gambar dengan kau. Berebut pula tu.

Aku lihat wall kau. Status updates semua penuh dengan nama-nama artis. Wah, hebat! Walaupun itu semua post-post lama, itu masih impressive!

Tapi, satu kemusykilan berda dalam kepala hotak aku. Kenapa semua post kau di'like' oleh diri kau sendiri? Seperti macam salah satu post kau yang aku ingat, kau seboleh-boleh nak mention nama deejay radio itu dan bertanya tentang pendapatnya tentang satu topik. Bukan hanya satu post, malahan empat lima post juga kerana tiada jawapan dan like dari sesiapa, termasuklah artis tersebut. Dan apa yang aku nampak hanya satu bagi SEMUA posts di atas wall kau hanyalah ayat biru tertulis:

Polan'Sipolan'Pulan likes this.

Satu lagi kemusykilan, kalau ada satu dua orang lain yang like post kau, kenapa kau paksa orang-orang tersebut untuk komen? Seriously kawan, kau kena belajar common sense tentang psikologi masyarakat fesbuk ok..

Sekian, harap berubah sebelum ada orang lain yang pulau kau kerana terdesak cari publisiti di fesbuk (walaupun dah memang beriban orang pulaukan kau). Satu gambar untuk kau ye:

Pesanan ikhlas dari penaja
 

Yang benar,
Kawan kau di fesbuk.



P.S# aku dah unfriend kau kat fesbuk.

Monday, April 23, 2012

Ada yang sedang memandang

Hai awak,



Saya dah lama intai awak dari dekat sebenarnya, cuma... itu lah, awak tu buta pada zarah kehadiran saya. dekat sebelah pun tak nampak. duduk kiri kanan pun tak nampak jugak. jadi saya tengok je lah. apa saya boleh buat. nak paksa awak nampak saya yang hodoh ni.

awak ni baik sebenarnya. kadang-kadang jahil juga. terang-terang belajar agama, larangan-larangan dalam islam, apa boleh buat dan apa tak boleh buat. tapi awak buat jugak. bila insaf sanggup ke surau penuh waktu. bila dah lalai, azan pun buat-buat tak dengar. kalau lah awak nampak saya, memang saya luruskan apa yang awak dah bengkok, bodoh.

saya kadang-kadang geli pulak tengok apa awak buat atas katil sambil tengok laptop. jijik tahu. saya tau Tuhan bagi nafsu, tapi reti-reti la kawal. akal letak kat mana? nabi dah cakap kalau tak tahan, berpuasa lah kamu. tak tahan jugak cari awek buat bini. saya pandang je dari atas. rasa nak join jugak pun ada.

bagus saya tengok awak solat penuh. tapi kenapa solat dalam bilik? pegi la kat surau, jauh mana sangat surau tu, alahai. kalau saya join jadi makmum, mau terperanjat awak. iye lah, biasa solat sorang-sorang dalam bilik, tiba-tiba ada orang ambik jadi imam. solat subuh pun entah ke mana. yang lain penuh. subuh entah ke mana.

wahai anak Adam, aku duduk sini lagi lama dari kau. baju tu jangan la sampai sebulan baru nak basuh dan hari-hari recycle baju minggu lepas. lepas makan basuh la pinggan mangkuk hayun kau tu. bawah katil dan lantai tu masa-masa senggang bawak-bawak la sapu.

aku malas lah nak cakap banyak, nanti kau syak surat ni datang dari house-mate kau pulak. bukan nya si mail, mat labu mahupun moksin. ini dari aku, aku ni yang dah lama memperhati. aku ni makhluk ciptaan Tuhan yang duduk atas almari kau ni. anggap lah ni warning letter dari aku. tak berubah jugak, aku panggil kawan lama aku. cerita pasal dia dah ramai orang tahu tau. Jangan pandang aku pelik pulak.

salam dari sahabat atas almari.

Sunday, April 22, 2012

[Kiriman] Kasihku...



Untuk Dr Ikmal dari Mai, Malaysia.

Hariku berlalu begitu sahaja. yang menemani hanyalah kesepian malam yang mencengkam jiwa. Tiba- tiba aku teringat sekeping foto yang ku terima dari jauh pagi tadi...dari bumi Jordan.. Gambar aku dengan sahabatku. Sahabat yang begitu baik , yang begitu aku sanjung kebijaksanaannya...walaupun berbeza jantina dan terbatas pergaulan, dia seorang yang amat menghormati...bergurau tidak pernah ada lebih, mengajar tidak pernah ada rasa letih dan dia cukup menghormati aku...

Foto itu ; tidak pernah aku jumpa.. oh mungkin hanya sahabatku yang menyimpannya...jadi ia tidak pernah di abadikan di mana-mana laman sesawangnya dan juga di muka bukunya... kiriman foto itu sangat indah... tetapi di belakang foto itu terdapat bingkisan puisi darinya yang tidak ku tahu apa maksud sebenarnya dan ia meninggalkan tanda tanya buatku..

Akan terus menjadi rahsia ,serahsia ini..
Kalau ku tahu tidak ku mungkiri
Dan kekasih hari ini aku terbang lagi…
Terbang lagi meninggalkan kamu,
Sementelah aku masih sendiri,
Mengharungi mimpi dan impian sendiri
Akan terus menjadi rahsia,serahsia ini,
Kalam mu akan tidak dapat ku selami,
Kerna kasihmu telah dicuri
Maka aku harus pergi,
Tidak betah melihat dan terus dilukai
Tidak akan ku cari dirimu lagi,
Wahai kekasih, jagalah diri…

p/s : kau suka aku ?

Pengirim : Mai

Saturday, April 21, 2012

[Kiriman] Love To The End


Kepada N.E.I.L,

Awak ingat tak, bulan 6 Januari 2008. Awak menghulurkan salam persahabatan kepada saya. Saya tak nak sebab saya pegang prinsip saya. Hampir setiap hari awak kacau dan ugut saya. Awak tahu tak, kita ada STPM akhir tahun itu. Saya kena jaga banyak hati orang. Awak pentingkan diri. Sampaikan perkara ini heboh satu sekolah. Saya malu sangat. Disebabkan itu, saya terpaksa jawab salam persahabatan awak tapi bersyarat.

Manusia memang tak pernah puas kan? Dalam masa kita berkawan, awak mula menyimpan perasaan kepada saya. Awak dah langgar syarat saya. Saya tak marah. Saya tahu itu fitrah manusia. Tapi, tindakan awak itu akan memusnahkan diri awak, saya dan si dia. Si dia dah bagi hati dia dekat awak. Sepatutnya awak jaga. Tapi, kenapa awak nak juga hati saya? Sungguh, saya sayang awak. Sebagai kawan.. Sebab itu, saya terpaksa menghindari awak. Sejak itu, awak mula buat perangai awak yang lama. Malah, awak sanggup putuskan hubungan hati dengan si dia. Kenapa awak tak pernah faham saya? Saya menyesal menyambut salam perkenalan awak. 

Tapi, sungguhlah doa awak supaya saya sambut perasaan awak, termakbul jua. Hati saya, ALLAH yang pegang. Jika ALLAH dah palingkan hati saya untuk awak, maka كون فيكون... Saat saya ingin melafazkan kata hati saya. Tanpa awak sedar, awak dah hancurkan hati saya. Sungguhlah, setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Mesti awak tak sangka bayang disebalik pintu itu adalah saya. Saat awak dan classmate berbual pasal saya. Alangkah peritnya hati saya. Awak mengatakan saya orang kedua penting dalam hidup awak dan si dia adalah orang pertama. Bodohnya saya. Saya tak kisah awak tak pilih saya. Tapi, awak bertekad nak juga hati saya. Awak memang tamak. Saya tak kan rampas hak orang lain. Sampai hati awak. Begitu mudah bagi awak kan. Sejak saat itu, saya mula mengelak dari awak. Biarlah orang nak cakap apa pun. Dunia saya adalah belajar dan belajar..
Masa dalam dewan peperiksaan, awak ditakdirkan duduk di sebelah saya. Awak sapa saya, tapi saya hanya buat tak tahu. Saya tekadkan hati. Awak cuba tegur saya. Tapi, saya hanya pandang awak sekilas. Luaran saya nampak tenang, tapi hati saya menangis. Sampailah hari terakhir, awak tunggu saya kan. Sebab saya orang yang terakhir keluar. Awak hanya pandang saya dan termenung jauh. Tapi, saya bergegas nak balik awal. Saat awak teriak nama saya, saya hanya melambai pergi. Saya tak berani menoleh ke belakang, sebab airmata saya tumpah juga di situ.
Awak pernah cakap awak nak kita sama-sama future study sebab awak nak jaga dan lindungi saya. Saya pegang kata-kata awak. Tapi kini, hanya saya yang jauh mengorak langkah. Saat saya menjejakkan kaki ke menara gading, saya tercari-cari bayangan awak. Awak biarkan saya tanpa hala tuju. Begitu mudah awak lafazkan, begitu cepat awak lupakan...

Dalam masa 4 tahun ni, saya masih tak dapat nak buang awak dari hidup saya. Kita berkenalan dalam masa 1 ½ tahun, tapi saya nak buang awak dalam masa 4 tahun pun payah. Saya dah cuba buka hati saya untuk orang lain, tapi hati saya hanya ada awak. Sebab saya tahu, sekali saya buka hati untuk seseorang, selamanya akan terus begitu. Akhirnya, saya pasrah. Hati saya ALLAH pegang. Awak tak kan dapat cari saya lagi sebab saya tak nak berkait lagi dengan awak. sebab saya tak kuat nak berhadapan dengan awak. Reunion kita pun saya tak datang kan. Harapan saya kini nak tengok awak bahagia di dunia dan di akhirat. Buanglah sikap baran awak tu. Bestfriend awak pernah cakap kat saya, hanya saya perempuan yang mampu bertahan dengan sikap awak tu. Betul atau tidak. Wallahualam...

Biarlah semuanya berakhir di sini... Saya tak pernah menyesal mengenali awak. Sekurang-kurangnya saya pernah berada dalam hati awak walaupun sebagai pilihan terakhir. Saya akan simpan rahsia dan nama awak sehingga akhir nafas saya. Maafkan saya. La Tahzan.. Doa saya untuk awak setiap kali di hujung penghabisan solat, “Ya Allah, kalau aku rindu padanya, Kau peliharalah kerinduanku ini agar tidak melebihi kerinduanku padaMu. Ya Allah, kalau dia memang tercipta untukku, dekatkanlah dan satukanlah hati-hati kami. Dan seandainya dia bukan ditakdirkan untukku, maka Kau peliharalah hatiku dari terus mengingatinya.” Amin...


XOXO,
ANNA 

Pengirim : ---

Friday, April 20, 2012

[Kiriman] Perpisahan


Wahai Sahabat ku jangan kamu sedih kerana perpisahan ini

aku sentiasa berada disisi mu walau pun kamu tidak melihat aku tetapi aku ada di dalam hati mu sebagai seorang sahabat.........waktu demi waktu aku tempui dengan semangat yang gigih dan tidak pernah putus asa, aku harap kamu pun begitu,walaupun sedih aku tetap setia menanti pertemuan kita semula, walaupun berpuluh-puluh tahun.........Hati ku sungguh sedih sekali,ia seperti di hiris-hiris dan penuhi racun-racun berbisa bersama-sama duri-duri kecewaan,aku nangis sendiri dan aku tidak pernah pun berharap semua ini, kesedihan ini biar lah aku dan kamu je yang tahu........Wahai Sahabat ku doa kan lah aku supaya berjaya dalam perbelajaran ku dan lulus dalam semua mata pelajaran, PMR ku agar mendapat 8A's dan SPM mendapat 11A's bergitu juga dengan STPM mendapat semua mata pelajaran A's.........Aku doa kan kamu berjaya dan sihat saja assalamualaikum wahai sahabat ku (Ameba pico) Aku pasti rindu kamu semua...............

Perpisahan 2

hari telah tiba nya sebuah perpisahan, dapat kah aku menahan tangisan ini, sebuah tangisan perpisahan yang muncul tanpa ku mahu. Waktu demi waktu berdetik seperti masa telah cemburukan kita, ada kah perpisahan ini harus terjadi wahai sahabat ku, jujur ku katakan aku pasti akan merindui mu dan aku tidak pernah harap kan semua ini.wahai sahabat besok mungkin kali terakhir kita bersama jika tuhan membenarkan, pasti sahabat ku tidak mahu semua ini terjadi kan.tapi apalah daya kita untuk melawan takdir, kita cuma manusia biasa. Adakah ini perpisahan terakhir kita atau hanya untuk sementara.kita cuma mampu menanti waktu itu wahai sahabat ku. Aku berharap kamu tidak akan lupakan ku. Ku ikut kan 3 janji ini 

1.aku tidak akan sedih
2. jika kita bertemu kembali akan ku berikan kamu hi5
3. akan ku sebut nama mu wahai sahabat ku sebanyak 10 kali
jika kamu rindui aku lihat lah bintang kerana aku sentiasa melihatnya..
jika kamu rindui aku tutuplah mata dan ingat kembali kisah kita..
jika kamu rindui aku ucap kan lh nama ku 10 kali untuk ingat kembali janji kita..............
wahai sahabatku, aku sungguh bahagia dapat menjadi sahabat mu, tetapi persahabatan kita sampai disini saja.......jika kita di beri kesempatan untuk bertemu lagi, pasti ku tidak sia-siakan....

SAJAK PERPISAHAN...

perpisahan...
kenapa harus ku rasakan perpisahan ini.....
kenapa perpisahan ini harus terjadi.........
aku hanya mahu persahabatan kita berkekalan.....

aku tidak mau semua ini, semua derita ini.....
kenapa! Kenapa! Aku saja kah insan yang layak untuk semua ini......
ku tabahkan diri untuk hadapi semua ini
tangisan ku menitis ke pipi......
aku tabah kerana 3 janji ku..
biarlah janji ini mengingati ku kepada kamu semua..

selepas perpisahan ini aku akan terus kan hidup dengan menghasilkan novel,cerpen,sajak.puisi.pantun.dan pelbagai lagi jika sempat ku nyatakan akan ku nyatakan untuk kalian semua, sahabat ku...kamu semua sahabat yang baik, biar pun sedikit sakit kan hati tapi tidak seperti kawan2 ku di dunia sebenar ini...... 


pengirim : Nur Fatin Nabilahさんの街にリスの“Robin”が引っ越してきたよ! 



Thursday, April 19, 2012

Kenapa awak?



Kepada awak,

Saya tengok langit semalam. Cantik sangat... Tiba-tiba saya teringat dekat awak. Awak sihat? Kenapa semalam saya tengok awak duduk sorang-sorang je? Risau pulak saya tengok. Awak okey je kan?

Kenapa awak tak senyum semalam? Awak nampak moody je. Saya risau tau, awak... Kalau awak nak luahkan masalah awak dekat saya, saya sentiasa ada untuk mendengar.

Awak, jangan simpan sorang-sorang masalah awak tu. Kalau simpan, lama-lama jadi nanah dalam hati awak. Tak elok simpan masalah tu. Kalau tak cerita dekat saya pun, ceritalah dekat orang lain ye. Take care, awak...

Daripada,
Saya.