Tuesday, April 24, 2012

Sang 'Forever Alone' di Facebook

Kepada si Forever Alone,

Akhir-akhir ini, saya ada menjenguk laman sosial yang semakin melalui zaman gelapnya, iaitu Fesbuk. Saya lihat, walaupun Fesbuk ini sudah semakin tenggelam dengan kehadiran Si 'chipchip' Twitter, namun begitu masih lagi ramai dikunjungi peminat-peminat dan penggunanya yang rata-rata terdiri dari kanak-kanak, remaja baru nak naik, warga emas dan klon-klon selebriti tanah air mahupun luar negara untuk mengejar publisiti murahan. Tidak kurang juga golongan-golongan yang suka sangat buat page berdasarkan catchphrase-catchphrase murahan yang didapati dari filem-filem tanah air khususnya. Eh, banyak pula saya berceloteh tentang laman sosial ini ye. Takut terlajak lari tajuk pula nanti.

OK, pada suatu petang yang hening, diiringi bunyi burung-burung berkicauan, tidak kurang juga bunyi nyamuk-nyamuk berdesing kerana maghrib yang semakin hampir (itu kan waktu merayau diorang), aku bukalah laman sosial ini. Lihat setiap posts dan status updates yang berjela-jela dinukil oleh fren-fren aku. Time tulah, aku entah bagaimana dan macam mana entah, tiba-tiba terfikir tentang kau yang lama sudah aku tidak dengar berita. Aku pun tekanlah nama kau. "Polan 'Sipolan' Pulan". Nama glamer lah katakan. Terngiang-ngiang di telinga aku cerita lama kau yang kau dulu berkawan dengan selebriti-selebriti terkenal ketika bekerja di Radio ***, atau lebih tepat Skuad ***, atau lebih tepat lagi, balaci angkut hadiah skuad itu. Aku masih ingat dulu kau tayang gambar kau bersama penyanyi-penyanyi hasil program realiti di satu siaran televisyen. "Wah, beshnyer  kau kerja dengan mereka ya kawan..", itu kata aku pada kau dulu. Aku lihat, wah, gambar-gambar itu memang banyak di fesbuk kau. Popular sungguh kau sekarang. Artis pun nak ambil gambar dengan kau. Berebut pula tu.

Aku lihat wall kau. Status updates semua penuh dengan nama-nama artis. Wah, hebat! Walaupun itu semua post-post lama, itu masih impressive!

Tapi, satu kemusykilan berda dalam kepala hotak aku. Kenapa semua post kau di'like' oleh diri kau sendiri? Seperti macam salah satu post kau yang aku ingat, kau seboleh-boleh nak mention nama deejay radio itu dan bertanya tentang pendapatnya tentang satu topik. Bukan hanya satu post, malahan empat lima post juga kerana tiada jawapan dan like dari sesiapa, termasuklah artis tersebut. Dan apa yang aku nampak hanya satu bagi SEMUA posts di atas wall kau hanyalah ayat biru tertulis:

Polan'Sipolan'Pulan likes this.

Satu lagi kemusykilan, kalau ada satu dua orang lain yang like post kau, kenapa kau paksa orang-orang tersebut untuk komen? Seriously kawan, kau kena belajar common sense tentang psikologi masyarakat fesbuk ok..

Sekian, harap berubah sebelum ada orang lain yang pulau kau kerana terdesak cari publisiti di fesbuk (walaupun dah memang beriban orang pulaukan kau). Satu gambar untuk kau ye:

Pesanan ikhlas dari penaja
 

Yang benar,
Kawan kau di fesbuk.



P.S# aku dah unfriend kau kat fesbuk.

Monday, April 23, 2012

Ada yang sedang memandang

Hai awak,



Saya dah lama intai awak dari dekat sebenarnya, cuma... itu lah, awak tu buta pada zarah kehadiran saya. dekat sebelah pun tak nampak. duduk kiri kanan pun tak nampak jugak. jadi saya tengok je lah. apa saya boleh buat. nak paksa awak nampak saya yang hodoh ni.

awak ni baik sebenarnya. kadang-kadang jahil juga. terang-terang belajar agama, larangan-larangan dalam islam, apa boleh buat dan apa tak boleh buat. tapi awak buat jugak. bila insaf sanggup ke surau penuh waktu. bila dah lalai, azan pun buat-buat tak dengar. kalau lah awak nampak saya, memang saya luruskan apa yang awak dah bengkok, bodoh.

saya kadang-kadang geli pulak tengok apa awak buat atas katil sambil tengok laptop. jijik tahu. saya tau Tuhan bagi nafsu, tapi reti-reti la kawal. akal letak kat mana? nabi dah cakap kalau tak tahan, berpuasa lah kamu. tak tahan jugak cari awek buat bini. saya pandang je dari atas. rasa nak join jugak pun ada.

bagus saya tengok awak solat penuh. tapi kenapa solat dalam bilik? pegi la kat surau, jauh mana sangat surau tu, alahai. kalau saya join jadi makmum, mau terperanjat awak. iye lah, biasa solat sorang-sorang dalam bilik, tiba-tiba ada orang ambik jadi imam. solat subuh pun entah ke mana. yang lain penuh. subuh entah ke mana.

wahai anak Adam, aku duduk sini lagi lama dari kau. baju tu jangan la sampai sebulan baru nak basuh dan hari-hari recycle baju minggu lepas. lepas makan basuh la pinggan mangkuk hayun kau tu. bawah katil dan lantai tu masa-masa senggang bawak-bawak la sapu.

aku malas lah nak cakap banyak, nanti kau syak surat ni datang dari house-mate kau pulak. bukan nya si mail, mat labu mahupun moksin. ini dari aku, aku ni yang dah lama memperhati. aku ni makhluk ciptaan Tuhan yang duduk atas almari kau ni. anggap lah ni warning letter dari aku. tak berubah jugak, aku panggil kawan lama aku. cerita pasal dia dah ramai orang tahu tau. Jangan pandang aku pelik pulak.

salam dari sahabat atas almari.

Sunday, April 22, 2012

[Kiriman] Kasihku...



Untuk Dr Ikmal dari Mai, Malaysia.

Hariku berlalu begitu sahaja. yang menemani hanyalah kesepian malam yang mencengkam jiwa. Tiba- tiba aku teringat sekeping foto yang ku terima dari jauh pagi tadi...dari bumi Jordan.. Gambar aku dengan sahabatku. Sahabat yang begitu baik , yang begitu aku sanjung kebijaksanaannya...walaupun berbeza jantina dan terbatas pergaulan, dia seorang yang amat menghormati...bergurau tidak pernah ada lebih, mengajar tidak pernah ada rasa letih dan dia cukup menghormati aku...

Foto itu ; tidak pernah aku jumpa.. oh mungkin hanya sahabatku yang menyimpannya...jadi ia tidak pernah di abadikan di mana-mana laman sesawangnya dan juga di muka bukunya... kiriman foto itu sangat indah... tetapi di belakang foto itu terdapat bingkisan puisi darinya yang tidak ku tahu apa maksud sebenarnya dan ia meninggalkan tanda tanya buatku..

Akan terus menjadi rahsia ,serahsia ini..
Kalau ku tahu tidak ku mungkiri
Dan kekasih hari ini aku terbang lagi…
Terbang lagi meninggalkan kamu,
Sementelah aku masih sendiri,
Mengharungi mimpi dan impian sendiri
Akan terus menjadi rahsia,serahsia ini,
Kalam mu akan tidak dapat ku selami,
Kerna kasihmu telah dicuri
Maka aku harus pergi,
Tidak betah melihat dan terus dilukai
Tidak akan ku cari dirimu lagi,
Wahai kekasih, jagalah diri…

p/s : kau suka aku ?

Pengirim : Mai

Saturday, April 21, 2012

[Kiriman] Love To The End


Kepada N.E.I.L,

Awak ingat tak, bulan 6 Januari 2008. Awak menghulurkan salam persahabatan kepada saya. Saya tak nak sebab saya pegang prinsip saya. Hampir setiap hari awak kacau dan ugut saya. Awak tahu tak, kita ada STPM akhir tahun itu. Saya kena jaga banyak hati orang. Awak pentingkan diri. Sampaikan perkara ini heboh satu sekolah. Saya malu sangat. Disebabkan itu, saya terpaksa jawab salam persahabatan awak tapi bersyarat.

Manusia memang tak pernah puas kan? Dalam masa kita berkawan, awak mula menyimpan perasaan kepada saya. Awak dah langgar syarat saya. Saya tak marah. Saya tahu itu fitrah manusia. Tapi, tindakan awak itu akan memusnahkan diri awak, saya dan si dia. Si dia dah bagi hati dia dekat awak. Sepatutnya awak jaga. Tapi, kenapa awak nak juga hati saya? Sungguh, saya sayang awak. Sebagai kawan.. Sebab itu, saya terpaksa menghindari awak. Sejak itu, awak mula buat perangai awak yang lama. Malah, awak sanggup putuskan hubungan hati dengan si dia. Kenapa awak tak pernah faham saya? Saya menyesal menyambut salam perkenalan awak. 

Tapi, sungguhlah doa awak supaya saya sambut perasaan awak, termakbul jua. Hati saya, ALLAH yang pegang. Jika ALLAH dah palingkan hati saya untuk awak, maka كون فيكون... Saat saya ingin melafazkan kata hati saya. Tanpa awak sedar, awak dah hancurkan hati saya. Sungguhlah, setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Mesti awak tak sangka bayang disebalik pintu itu adalah saya. Saat awak dan classmate berbual pasal saya. Alangkah peritnya hati saya. Awak mengatakan saya orang kedua penting dalam hidup awak dan si dia adalah orang pertama. Bodohnya saya. Saya tak kisah awak tak pilih saya. Tapi, awak bertekad nak juga hati saya. Awak memang tamak. Saya tak kan rampas hak orang lain. Sampai hati awak. Begitu mudah bagi awak kan. Sejak saat itu, saya mula mengelak dari awak. Biarlah orang nak cakap apa pun. Dunia saya adalah belajar dan belajar..
Masa dalam dewan peperiksaan, awak ditakdirkan duduk di sebelah saya. Awak sapa saya, tapi saya hanya buat tak tahu. Saya tekadkan hati. Awak cuba tegur saya. Tapi, saya hanya pandang awak sekilas. Luaran saya nampak tenang, tapi hati saya menangis. Sampailah hari terakhir, awak tunggu saya kan. Sebab saya orang yang terakhir keluar. Awak hanya pandang saya dan termenung jauh. Tapi, saya bergegas nak balik awal. Saat awak teriak nama saya, saya hanya melambai pergi. Saya tak berani menoleh ke belakang, sebab airmata saya tumpah juga di situ.
Awak pernah cakap awak nak kita sama-sama future study sebab awak nak jaga dan lindungi saya. Saya pegang kata-kata awak. Tapi kini, hanya saya yang jauh mengorak langkah. Saat saya menjejakkan kaki ke menara gading, saya tercari-cari bayangan awak. Awak biarkan saya tanpa hala tuju. Begitu mudah awak lafazkan, begitu cepat awak lupakan...

Dalam masa 4 tahun ni, saya masih tak dapat nak buang awak dari hidup saya. Kita berkenalan dalam masa 1 ½ tahun, tapi saya nak buang awak dalam masa 4 tahun pun payah. Saya dah cuba buka hati saya untuk orang lain, tapi hati saya hanya ada awak. Sebab saya tahu, sekali saya buka hati untuk seseorang, selamanya akan terus begitu. Akhirnya, saya pasrah. Hati saya ALLAH pegang. Awak tak kan dapat cari saya lagi sebab saya tak nak berkait lagi dengan awak. sebab saya tak kuat nak berhadapan dengan awak. Reunion kita pun saya tak datang kan. Harapan saya kini nak tengok awak bahagia di dunia dan di akhirat. Buanglah sikap baran awak tu. Bestfriend awak pernah cakap kat saya, hanya saya perempuan yang mampu bertahan dengan sikap awak tu. Betul atau tidak. Wallahualam...

Biarlah semuanya berakhir di sini... Saya tak pernah menyesal mengenali awak. Sekurang-kurangnya saya pernah berada dalam hati awak walaupun sebagai pilihan terakhir. Saya akan simpan rahsia dan nama awak sehingga akhir nafas saya. Maafkan saya. La Tahzan.. Doa saya untuk awak setiap kali di hujung penghabisan solat, “Ya Allah, kalau aku rindu padanya, Kau peliharalah kerinduanku ini agar tidak melebihi kerinduanku padaMu. Ya Allah, kalau dia memang tercipta untukku, dekatkanlah dan satukanlah hati-hati kami. Dan seandainya dia bukan ditakdirkan untukku, maka Kau peliharalah hatiku dari terus mengingatinya.” Amin...


XOXO,
ANNA 

Pengirim : ---

Friday, April 20, 2012

[Kiriman] Perpisahan


Wahai Sahabat ku jangan kamu sedih kerana perpisahan ini

aku sentiasa berada disisi mu walau pun kamu tidak melihat aku tetapi aku ada di dalam hati mu sebagai seorang sahabat.........waktu demi waktu aku tempui dengan semangat yang gigih dan tidak pernah putus asa, aku harap kamu pun begitu,walaupun sedih aku tetap setia menanti pertemuan kita semula, walaupun berpuluh-puluh tahun.........Hati ku sungguh sedih sekali,ia seperti di hiris-hiris dan penuhi racun-racun berbisa bersama-sama duri-duri kecewaan,aku nangis sendiri dan aku tidak pernah pun berharap semua ini, kesedihan ini biar lah aku dan kamu je yang tahu........Wahai Sahabat ku doa kan lah aku supaya berjaya dalam perbelajaran ku dan lulus dalam semua mata pelajaran, PMR ku agar mendapat 8A's dan SPM mendapat 11A's bergitu juga dengan STPM mendapat semua mata pelajaran A's.........Aku doa kan kamu berjaya dan sihat saja assalamualaikum wahai sahabat ku (Ameba pico) Aku pasti rindu kamu semua...............

Perpisahan 2

hari telah tiba nya sebuah perpisahan, dapat kah aku menahan tangisan ini, sebuah tangisan perpisahan yang muncul tanpa ku mahu. Waktu demi waktu berdetik seperti masa telah cemburukan kita, ada kah perpisahan ini harus terjadi wahai sahabat ku, jujur ku katakan aku pasti akan merindui mu dan aku tidak pernah harap kan semua ini.wahai sahabat besok mungkin kali terakhir kita bersama jika tuhan membenarkan, pasti sahabat ku tidak mahu semua ini terjadi kan.tapi apalah daya kita untuk melawan takdir, kita cuma manusia biasa. Adakah ini perpisahan terakhir kita atau hanya untuk sementara.kita cuma mampu menanti waktu itu wahai sahabat ku. Aku berharap kamu tidak akan lupakan ku. Ku ikut kan 3 janji ini 

1.aku tidak akan sedih
2. jika kita bertemu kembali akan ku berikan kamu hi5
3. akan ku sebut nama mu wahai sahabat ku sebanyak 10 kali
jika kamu rindui aku lihat lah bintang kerana aku sentiasa melihatnya..
jika kamu rindui aku tutuplah mata dan ingat kembali kisah kita..
jika kamu rindui aku ucap kan lh nama ku 10 kali untuk ingat kembali janji kita..............
wahai sahabatku, aku sungguh bahagia dapat menjadi sahabat mu, tetapi persahabatan kita sampai disini saja.......jika kita di beri kesempatan untuk bertemu lagi, pasti ku tidak sia-siakan....

SAJAK PERPISAHAN...

perpisahan...
kenapa harus ku rasakan perpisahan ini.....
kenapa perpisahan ini harus terjadi.........
aku hanya mahu persahabatan kita berkekalan.....

aku tidak mau semua ini, semua derita ini.....
kenapa! Kenapa! Aku saja kah insan yang layak untuk semua ini......
ku tabahkan diri untuk hadapi semua ini
tangisan ku menitis ke pipi......
aku tabah kerana 3 janji ku..
biarlah janji ini mengingati ku kepada kamu semua..

selepas perpisahan ini aku akan terus kan hidup dengan menghasilkan novel,cerpen,sajak.puisi.pantun.dan pelbagai lagi jika sempat ku nyatakan akan ku nyatakan untuk kalian semua, sahabat ku...kamu semua sahabat yang baik, biar pun sedikit sakit kan hati tapi tidak seperti kawan2 ku di dunia sebenar ini...... 


pengirim : Nur Fatin Nabilahさんの街にリスの“Robin”が引っ越してきたよ! 



Thursday, April 19, 2012

Kenapa awak?



Kepada awak,

Saya tengok langit semalam. Cantik sangat... Tiba-tiba saya teringat dekat awak. Awak sihat? Kenapa semalam saya tengok awak duduk sorang-sorang je? Risau pulak saya tengok. Awak okey je kan?

Kenapa awak tak senyum semalam? Awak nampak moody je. Saya risau tau, awak... Kalau awak nak luahkan masalah awak dekat saya, saya sentiasa ada untuk mendengar.

Awak, jangan simpan sorang-sorang masalah awak tu. Kalau simpan, lama-lama jadi nanah dalam hati awak. Tak elok simpan masalah tu. Kalau tak cerita dekat saya pun, ceritalah dekat orang lain ye. Take care, awak...

Daripada,
Saya.

Wednesday, April 18, 2012

Aku hilang kau dan dia


Sedih.Bila suatu hubungan yang kita bina sekian lama terputus begitu sahaja hanya kerana satu perkara.Musnah bukan kerana salah kau atau salah dia tapi musnah kerna menjadi mangsa keadaan.Mungkin jugak sebab dikambing hitamkan.Sungguh aku cuku sedih.Rasa seperti sebelah tangan tak berfungis.Sebelah otak tak mampu nak berfikir dan sebelah kaki tak mampu nak melangkah.

Aku tahu aku bukan manusia yang sempurna yang mampu nak memuaskan hati semua orang dalam satu masa. Aku tak ada rupa yang menawan yang mampu membuatkan semua orang memandang tanpa berkelip.Aku bukan pemidato yang mampu membuatkan semua orang terpegun mendengar setiap patah kata yang aku tuturkan.Aku cuma seorang kawan yang kadang-kadang bercakap tak berlapik,mengutuk kau dari belakang seperti yang pernah kau lakukan pada aku,yang memang tak pernah bagi besday gift kat kau,yang suka hentam kau depan sume orang sesuka hati..Ya,aku.kawan kau yang paling jahat..Yang tak pernah sempurna..yang bukan siapa-siapa bagi kau..Ada atau tak aku ni tak beri kesan pada kau..bagi kau same je.


Tapi,bagi aku kau sahabat aku walau sebanyak mana sekalipun kau kutuk aku,kau hentam aku..aku perbodohkan aku..Aku tetap anggap kau sahabat aku..Sebab tanpa kau aku sunyi.Bila aku drive sorang-sorang,aku akan ingat kau..Aku rindu nak dengar celoteh kau yang akan bercerita tanpa henti. Merasakan bahawa kaulah pengganti radio walaupun kau cerita benda yang sama tapi aku suka sebab itu yang membuatkan suasana lebih ceria dari biasa.Bila aku shooping,aku rindu nk dengar komen kau.Selama ni kau yang bagi pendapat sebab kaulah fashionista bagi aku..Kau yang paling up to date.Dan sekarang aku takde lansung mood nak shopping..Dulu bila aku in a big problem,orang yang pertama aku mesej mesti kau.Walaupun cuma nak menyatakan yang aku boring,aku cuma mesej kau..Tapi sekarang,aku rasa macam nak ke kau balas mesej aku?.Sungguh,aku rindukan itu semua hatta benda yang paling menyakitkan hati aku sekalipun.Aku tetap rindukan semua tu.

Dan sekarang,aku bukan hilang kau je tapi aku juga hilang dia.Dia yang aku anggap macam abang aku sendiri.Dia yang selalu memanggil aku sayang dalam gurauan.Dia yang pernah menceriakan hidup aku.Dia yang aku percaya untuk meluahkan setiap kekusutan hati dan jiwa.Dia yang setia mendengar setiap masalah aku.Dia yang selalu memberi kata semangat ketika aku merasakan hidup aku sudah lumpuh.Dia...Dalam hal ni,aku tak meletakkan kesalahan 100% pada dia dan aku juga tak menyokong sebelah pihak lagi dengan sepenuh hati.Aku berada di tengah.Aku cuma kesal kepercayaan aku diperkotakatikkan.Aku tak tahu pada siapa aku harus letakkan kesalahan.Tapi macam kau cakap,kita cuma pendengar.Pendengar yang memikul tanggungjawab untuk menjelaskan setiap kekusutan dan aku orangnya yang memikul tanggungjawab itu tanpa rela.Dan akhirnya aku yang dipersalahkan.Aku cukup kesal.Buat kali kedua,kepercayaan aku diperkotakkatikkan dan aku tak menyangka ianya akan berulang.

Dan sejak hari itu,tiada lagi panggilan yang ceria itu..Ada,cuma aku tak sempat bukannya sengaja.Dan mungkin takkan ada lagi panggilan dari dia dan mesej dari kau.Mungkin aku sudah dianggap sejarah yang tak mahu diulang tayang.Mungkin aku cuma mimpi ngeri yang tak mahu diingat.Aku kesal dengan apa yang terjadi..Aku hilang kau dan dia..Dan jika kau dan dia pulang,adakah hubungan kita akan kembali seperti dulu atau cuma akan menjadi satu hubungan yang kaku.


p/s: Aku penulis Posmen Ke Syurga..Adakah layak?anda nilailah sendiri.

Monday, April 16, 2012

[Kiriman] Bukan Pilihan Hati .



Buat insan yang ada seperti tiada ,

Awak apa khabar? Dah lama sangat saya tak terima berita dari awak. Sumpah saya rindu. Sampai bila mahu berdiam diri? Sampai perasaan saya dekat awak mati? Begitu ya?

Maaf awak, saya dah penat tanggung rasa ini sendirian. Sedangkan awak pergi tanpa penjelasan. Diamkan saya tanpa sebab. Tinggalkan saya dengan seribu tanda tanya. sakit. bukan mudah nak lalui semua ini seorang diri lepas semua ini awak bawa pergi. Dah tiba masanya saya perlu terima hakikat yang awak takkan kembali berpaling pada saya lagi. 

Sekuat mana pun saya cuba pertahankan, hati awak tak pernah terusik. Hati awak takkan pernah ada untuk saya. Bukan salah awak untuk terus mengagungkan cinta si dia. Mungkin khilaf saya sendiri yang silap menduga. Perasan dianggap istimewa padahal biasa-biasa saja. Ah, perempuan memang mudah jatuh hati tetapi payah untuk melupakan.

Kalau awak yakin suatu hari nanti dia akan membalas cinta awak, teruskan. Saya doakan suatu hari nanti ada bahagia di hujung sana. Biarlah saya sakit sekarang. Sekurang-kurangnya saya tidak lagi berharap. Menanti sesuatu yang belum pasti berpihak kepada saya. Undur diri mungkin jalan yang terbaik. Saya redha kalau itu yang awak mahukan sejak dulu. 

Maaf kerana tak mampu lagi untuk setia menunggu. Air mata saya pun kenal juga erti jemu apatah lagi hati saya yang sudah lelah untuk lalui semua ini. Jika benar awak mencintai dia, lepaskan saya dengan cara yang baik. Jangan jadi pengecut. Saya terima apa pun keputusan awak biar pun saya tahu ianya amat sakit. Sesungguhnya saya sudah penat mengejar bayang-bayang yang bisa buat saya tersungkur ke tanah.

Untuk awak, walau apa pun yang jadi berjalanlah tanpa henti. Jangan pernah menoleh ke belakang. Anggaplah saya ini hanya persinggahan di hati awak. Mengenali awak bukan satu penyesalan. Tetapi satu kesyukuran. tetap menghargai walaupun diri ini sudah tidak lagi dipandang. Kerana awak pernah beri saya bahagia.

“ Ya Allah yang Maha mengetahui segalanya, jika kehadiranku mengganggu hatinya , tidak membawa kebaikan padanya, maka kau pisahkanlah kami biarpun akan ada yang terluka.”

Cuba melewati segalanya yang kian berubah. Mohon maaf wahai hati. 

Daripada Kekasih yang tak dianggap. :”)

Pengirim : Si Hati Kaca