Sunday, May 19, 2013

Masa Silam.


Kepada semua,

Setiap orang ada masa silam yang gelap tak bercahaya. Sama ada kau ataupun aku. Manusia buat silap. Intentionally or unintentionally. 

Sesetengah manusia mempunyai hati yang keras bukan kerana dia degil tapi kerana orang sekeliling melayan dia dengan tidak adil dan berat sebelah seolah-olah dia manusia yang tak ada hati dan perasaan. 

Dan kisah silam yang satu ni buat aku jadi sangat suka memberontak dan membenci. Tapi ada satu saat aku mula sedar, kenapa nak membenci kalau diri sendiri yang sakit? Kenapa nak berdendam, kalau akhirnya diri sendiri yang terluka? 

Akhirnya aku cuba untuk memaafkan. Payah memang payah tapi aku cuba dan dengan izin Allah SWT, aku harap aku akan dapat memaafkan mereka dengan seikhlas hati. 

Dan aku tahu Allah sentiasa bersama aku dalam perjalanan mencari diri sendiri yang semakin hilang ini.

Daripada,

Aku.


3 comments:

Plant said...

best sgt..tersentuh hati membacanya

Laserquest said...

semoga berjaya :)

Anonymous said...

Best sangat, mcm diri aku sendiri.
Sentiasa rasa hidup ini tidak adil, tapi mulai sedar, bahawa hidup tak semuanya indah kadangkala banyak rintangan yang datang :D
Good Job, siapa yang buat ayt nie..