Thursday, September 27, 2012

[Kiriman] Warkah Buat Kamu


Wahai insan itu,
Jarum jam menunjuk ke angka satu pagi, sedangkan aku masih berjaga, memendam rasa sendiri. Tanpa sedar, air mataku turut jatuh berjuraian. Maafkan aku, aku bukan sengaja. Aku cuba untuk melupakan kamu, tapi kamu tetap insan yang pernah hadir dalam hatiku, dan masih ada di situ biar setiap hari aku cuba mengikis rasa itu dari sini, di hati ini. kamu pasti takkan mengerti keperitan yang aku rasa, menyimpan rasa yang tidak ada ertinya ini. Namun aku mahu kamu mengerti yang aku selalu berusaha membuangnya, dan sentiasa akan berusaha sampai namamu lenyap dari situ.

Wahai insan itu,
Andai kita dapat berdepan, ingin sekali aku nyatakan yang aku ingin memohon maaf, untuk ke sekian kalinya. Biarlah ia berjuta kali sekalipun aku rela, kerana aku sedar, aku terlalu banyak salahnya pada kamu. Aku terlalu mengganggu hidup kamu, dan mungkin dengan kehadiran warkah ini yang entah akan kamu baca atau tidak, namun jika kamu terbaca, aku yakin kamu akan rasa terganggu sekali lagi. maafkan aku. Maafkan aku kerana aku memang gila dengan perasaan ini hinggakan aku bisa mengikut perasaan,menjadi seorang yang sangat menjengkelkan. Aku sedar kini.

Wahai kamu,
Aku tahu hnya tinggal berapa detik lagi sebelum kamu akan menjadi imam kepada insan yang kamu sayang. Aku sedar hakikat itu dan aku tidak punya niat untuk mengganggu. Aku cuma ingin kamu bahagia, benar, aku tidak berbohong. Aku ingin lihat kamu sentiasa bahagia biarpun bukan aku di sisi kamu. Walaupun kamu tidak akan pernah percaya, namun dari dulu lagi aku tidak pernah mengharapkan rasa aku ini akan berbalas, kerana aku sedar betapa kau tinggi di langit sedangkan aku hanya melata di bumi. Tapi memang aku selalu khilaf, aku seorang yang selalu saja mengikut perasaan dan selalunya apabila aku kembali tenang, aku akan menyesal dengan apa yang aku titipkan padamu. Mungkin warkah ini juga akan aku sesali nanti, namun aku tidak menyesal untuk memohon kemaafan darimu berulang kali.

Wahai kamu,
Aku akan selalu doakan kebahagiaanmu walaupun aku tahu, doaku pun kamu tidak inginkan lagi. malah andai bisa, kamu tidak mahu ada sebarang perkaitan lagi dengan aku. Walau begitu, aku masih tetap akan berdoa dan akan sentiasa berdoa, semoga kamu akan bahagia bersama dia sampai syurga. Amin amin amin! Semoga kamu bisa menjadi imam yang terbaik bagi dia dan juga anak2mu kelak. Amin!

Wahai pemilik hati si dia,
Awak... saya minta maaf andai selama ini saya mengganggu hidup awak dan dia. Saya faham perasaan awak yang rimas apabila insan yang awak sayang, diganggu oleh insan lain. Saya minta maaf, saya khilaf dan saya selalu ikut perasaan. Maafkan saya biarpun saya sedar, sukar untuk awak maafkan saya. Saya tidak punya hak untuk meminta awak menjaga dia dengan sebaiknya kerana awak sudah sedia maklum tentang itu, dan tidak perlu ada insan lain utk mengingatkan perkara yang awak sudah sedia tahu. Saya takkan meminta itu, cuma saya hanya mengharapkan semoga kebahagiaan akan mengiringi awak berdua sampai Jannah. Itu doa saya. Walaupun mungkin awak meragui keikhlasan saya, tapi jujur saya katakan, saya ikhlas.

Maaf kerana selama sembilan tahun ni, perasaan saya masih sukar saya kikis. Saya sedang berusaha, dan apabila lafaz ijab itu terlafaz, saya memang tidak akan punya hak lagi dan adalah menjadi dosa bagi saya untuk mempunyai perasaan pada dia lagi. Maafkan saya ya awak. Saya selalu mengganggu hidup awak dan dia, maafkan saya...

Dengan lafaz Bismillah,
Ya Allah, hilangkan segala rasa yang membelenggu hatiku ini ya Allah. kirimkanlah aku insan yang bisa membimbingku ke jalanMU ya Allah. Jalan yang diredhaiMu dan bukan jalan orang-orang yang dilaknat. Suburkanlah bahagia di hati dia dan insan yang dicinta. Semoga rumahtangga yang bakal mereka bina, dirahmatiMu dan membawa mereka ke jalan syurgaMU. Amin ya rabbal a’lamin.

Penuh rasa cinta,
PencintaSetiaPadaCintaSiaSia


3 comments:

Anonymous said...

sobss sedeynyeeeee! cinta tak berbalas ler niiiii

Anonymous said...

redha jalan terbaik..melepaskan ape yg bukan milik kita. Allah memberi apa yang kita perlu. bukan apa yg kita inginkan. InsyaAllah..berpegang pada ini. Pasti akan redha sepenuhnya dalam hati.

Unknown said...

kdng setia membuatkan kite nmpak bodoh

lg2 stia pade y tak membalas kestiaan itu