Friday, April 6, 2012

[Kiriman] Dia.. Dalam Ramai.




Assalamualaikum awak, Encik Misteri saya.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, saya asyik teringatkan awak. Ya. Awak yang saya langsung tak kenal rupa, perangai, segala-galanya mengenai awak. Awak dalam ramai, ramai orang di sekeliling kita. Awak dalam ramai lelaki yang mungkin punya lebih banyak kelebihan daripada awak. Awak yang saya tidak tahu di mana keberadaannya. Awak yang saya langsung tidak ada petunjuk. Awak... dalam ramai.

Encik Misteri,

Saya pernah bermimpi. Hampir dua tahun berlalu sejak mimpi itu dan saya masih ingat akan mimpi itu. Lelaki di dalam mimpi saya itu seakan-akan sama dengan ciri-ciri lelaki idaman saya. Tetapi saya tahu, mungkin mimpi itu mainan tidur aje. Jadi, saya tak hiraukan sangat. 

Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki sepanjang hayat saya. Walau sewaktu di zaman persekolahan ramai rakan sebaya yang bercinta, tapi saya memilih untuk hidup sendiri tanpa teman untuk bercinta. Sebab apa? Sebab saya ingin bersendiri. Tak ada sebab yang penting. Cuma saya rasa saya nak fokus pada pembelajaran dan malas nak bercinta.

Alhamdulillah, saya gembira dengan hidup saya. Sekarang, saya sudah matang berfikir dan saya cukup bersyukur kerana tidak pernah berikan hati saya pada sesiapa. Sebab saya nak jaga hati saya baik-baik sebelum diberikan kepada awak. Saya akan cuba jaga sedaya upaya hati ini. Insya-Allah. Doakan saya ya?

Encik Misteri,

Saya harap awak jaga diri awak baik-baik. Jaga agama awak, saya nak awak jadi pembimbing untuk masuk ke jannah Ilahi bersama-sama awak. Saya sedar awak mungkin tak akan baca coretan ini sebab saya sendiri tidak kenal awak, tidak tahu di mana awak berada, cuma saya tetap nak coretkan ia.

Saya mahukan kehidupan kita sentiasa dalam rahmat Ilahi. Dan saya perlukan awak untuk bantu saya dalam semua ni. Saya sedar saya cuma seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa kelebihan, jadi awak mungkin dapat melengkapkan diri saya. 

Encik Misteri,

Saya akan sentiasa menunggu awak dan saya berharap awak juga akan menunggu saya. Jikalau hati awak berkata sayalah orangnya, jangan teragak-agak untuk mengatakannya. Insya-Allah ianya akan menjadi permulaan kepada hubungan yang baik. 

Sehingga kita bertemu, Encik Misteri. Assalamualaikum :) 

Pengirim : Aku.. Dalam Ramai

Thursday, April 5, 2012

Untukmu kawan.

Kepada kawan,

Kawan, aku rindu sangat dekat kau. Apa khabar kau dekat sana? Aku harap semoga kau baik-baik aje. Jangan risau pasal aku sebab aku bahagia di sini.

Kawan, aku rindu... rindu nak sembang-sembang dengan kau. Perasan tak sekarang ni kita dah jarang bersembang-sembang? Kau sibuk dengan hal kau, dan aku sibuk dengan hal aku tapi percayalah, aku tak pernah lupakan kau.

Kawan, aku takut. Takut sangat kalau suatu hari nanti, kita bukan lagi kawan baik. Aku takut kau akan lupakan aku dan akhirnya hubungan persahabatan kita terputus macam tu aje. Aku sedih kalau perkara macam tu berlaku dekat kita.

Kawan, aku nak kau tahu yang aku sayang kau. Kaulah kawan paling terbaik yang aku pernah ada. Terima kasih untuk segala-galanya. Harapan aku cuma satu. Jangan pernah lupakan aku kerana insya-Allah, kau akan selalu berada dalam ingatanku.

Daripada,

Kawanmu yang merindu...

[Kiriman] Dari Jauh..



Kepada : Dia..

Bismillahhirrohmanirrohim, memohon kekuatan melayar hari-hari dengan kekuatan hati. Izinkan berbicara melalui penulisan jari-jari yang ikhlas menaip, sayembara kisah yang terbit dari jiwa hamba yang punya hati untuk diusik dan mudah pula terusik.

Ingin sahaja rasa ini, merasa saat di mana bahagianya sepasang burung hingga pada wayar-wayar letrik itu. Mohon kekuatan Ya Rabb, jaga hati ini.

Dari jauh, pernah hati ini terusik, tanpa bicara kosong yang pernah kita lontar, dan hanya ilmu yang terkongsi rapi. Dari jauh juga, aku terpandang sosok tubuh syabab ini, terpandang sekali, menusuk ke jantung hati. Inilah dinamakan perasaan cinta. Tapi ia tanpa bicara, tanpa kiasan kata juga tanpa henyak refleks cinta. Kopiah putih, biru yang biasa kau pakai, itu satu matlamat ingin ke jalan Tuhan. Moga lembayung iman dan kekuatan mengiringimu..

Mohon saja pada Pencipta, jika hati ini sangat mudah menongkah perasaann cinta, biarkan rasa ini tidaklah membuak-buak hingga secebis rasa cinta pada Sang Pemberi Cinta tercalar sedikit, Tidak mahu akan hal itu. Jika dia yang jauh itu jodohku, rapatkan hati kami, tautkan rasa gembira, dan sedarkanlah pada jiwa itu, yang insan ini menunggu dan tertunggu. Jika Penguasa Alam ini menggariskan dia bukan milik aku, redhakanlah hati, jangan terbit segunung pasrah. 

Jagalah dirimu di sana, insan ini dari jauh mendoakan segala-galanya. 


Daripada : Aku

Pengirim : MahfuzahMardy

Angah

buat angah..

Tadi along nasihat usu..Along cakap kita dah cukup dewasa,tak guna nak gaduh lama-lama.terharu sangat-sangat.Sungguh,tak ada niat nak gaduh dengan angah.usu cuma nak terangkan perkara sebenar kat semua orang.Biar semua orang tak gaduh-gaduh lagi..tak ada niat nak salahkan angah.Tapi tak sangka pula angah nak marah..Maafkan usu ye angah.Takkan lah sebab satu je salah usu,angah nak lupakan kenangan manis antara kita.

Kalau angah tiada,siapa nak temankan usu jalan-jalan..Usu tak suka lah jalan sorang-sorang..Takkan nak jalan dengan along.Along tu lelaki lah.tak sepadan lah..Nanti kalau nak beli baju,takkan nak suruh along pilihkan.Along kan fail bab fesyen.Nanti kalau usu suka kat sape-sape nak ceritakan pada siapa,takkan nak cakap sorang2.Nanti along cakap usu otak 3 suku..Tak bestlah kalau angah takde. Kalau angah senyum,angah lagi comel tau...Ni usu hadiahkan coklat dove kesukaan angah..Maafkan usu ye angah...Usu sayang angah sangat2...

Wednesday, April 4, 2012

[Sumber] Saya Tak Akan Suruh Awak Tunggu.


Untuk Awak,

Saya tak akan suruh awak tunggu. Awak, saya tak akan suruh awak tunggu. Walau macam mana saya sangat inginkan awak, Tapi satu perkara yang saya tak akan suruh awak buat ialah, tunggu saya. Sebab saya tak tahu, Sangat tak tahu apa yang Allah dan rencanakan untuk kita. Sebab saya tak pasti, apa yang Allah mahukan dan telah tetapkan untuk kita. Awak, saya tak akan suruh awak tunggu. Kalau awak jumpa seseorang yang lebih baik dan lebih sesuai, maka pergilah padanya. Jangan terus menanti pada yang tak pasti. Jangan terus mengharap pada yang tak pasti. Jangan, itu akan hanya membuat awak kecewa kelak.

Awak, saya tak akan suruh awak tunggu. Sebab saya tak mahu awak kecewa. Penolakan saya, sudah cukup membuat awak kecewa kan? Dan permintaan saya supaya awak menunggu? Itu cuma suatu penyeksaan bukan? Pergilah awak. Pergi cari kebahagiaan yang Allah dan takdirkan. Carilah seseorang yang lebih baik. Yang lebih baik itu banyak, dan pastinya ada. Jangan terus menunggu, dalam harapan palsu, dalam angan-angan dan impian yang mungkin tak akan pernah jadi kenyataan.

Yang benar,
Saya.

Nota Pejabat : PKS dapat ni daripada tumblr, rasa 
macam suka sangat isinya, kalau rasa karyanya 
dijiplakboleh mohon PKS turunkan ya.

[Kiriman] Khas Untukmu Yang Teristimewa


Kepada Dr.rindu

Assalamualaikum.. 
Awak, surat nie saya tulis khas untuk awak.. Awak baca lah,yee...

Dear awak,
Awak apa khabar sekarang?saya harap awak sihat saja tau.. saya?saya sekarang ni sihat walafiat.. saya ikut nasihat awak untuk jaga kesihatan saya.. 

Awak,
Saya nak ambil kesempatan ini untuk meminta maaf kat awak.. sebab saya tahu.. masa saya sakit dulu,awak runsing fikirkan saya.. saya terharu.. nak nangis pun ada.. sebab selama nie saya ingat awak x amik kesah tentang saya dah.. saya tak tahu yg awak turut risau bila saya sakit.. maafkan saya.. saya jahat sebab dah fikir yang bukan-bukan tentang awak.. maafkan saya,yee..



Awak,
Saat saya tahu awak masih sayang kat saya nie.. hanya Allah jer yang tahu apa perasaan saya ketika itu.. saya hanya mampu terdiam.. saya menidakkan semua itu,tapi hati saya menerimanya dengan terbuka..awak tak perlu rasa bersalah tentang hal yang lepas.. saya akui saya sedih bila teringat kisah dulu.. tapi,saya rasa lebih selesa dalam situasi sekarang.. yee.. persahabatan..saya lebih selesa bersahabat berbanding bercinta.. sebab saya dan awak sendiri mempunyai matlamat dan tujuan yang perlu di capai.. saya tahu pelajaran lebih penting.. saya tak nak kerana saya..awak tak dapat capai impian awak..cita-cita awak..

Awak,
saya tak pernah rasa menyesal mengenali awak.. awak buat saya sedar .. betapa cinta kepada Allah itu sangat indah rasanya... baru saya mengenal erti sebenar cinta.. betul kata umi awak.. tak perlulah kita bercinta sekarang.. umi awak banyak membimbing saya selama nie.. mungkin awak tak menyedari akan perihal ini. maafkan saya sebab menyembunyikan hal ini daripada awak. semua ini atas permintaan umi awak sendiri. Ibu mana yang tak risau bila seorang anaknya sudah mula pandai bercinta.. sudah mula pandai berkepit dengan telefon bimbit sedangkan pada tahun itu kita menduduki SPM.

Awak,
Walaupun kita berjauhan tapi,saya harap kita sentiasa dekat di sisi Allah dan bertemu dalam doa..Walau ke mana pun kita pergi,saya harap suatu hari nanti kita akan dipertemukan semula seandainya kita benar benar ada jodoh .Namun,seandainya takdir menentukan awak bukan imam saya dan saya bukan tulang rusuk awak yang hilang, saya harap persahabatan kita akan kekal selamanya. :’)

Daripada saya,
Cik cinta.

pengirim : tanpa nama


Tuesday, April 3, 2012

[Kiriman] Thank You.

To My dearest..

Thank you for being a man, Who always see me as beautiful and cute no matter how ridiculous I look, sweaty and comot or even when I am at my worst..

Thank you for being a man, With such patience treating me so well regardless my misbehave, my inconsiderate sulking and my childish requests as well as thoughts..

Thank you for being a man, Who never lost his temper despite my never ended accusation along with my thoughtless whining..Thank you for being a man, who never yells at me for every slap, pinch, messing with his hair or for the countless cigarette thrown away.

Thank you for being a man, who never once asked for my money regardless how many he spent for me. Thank you for being a man, who always gives his level best although he is being tormented by all the blames from others who simply do not know the deep inside of him.

Thank you for being a man, Who would jokes just for the sake of a smile on my face regardless of his own bleeding heart..Thank you for being a man, Who took care of me with such full of concern without giving a care about his own behalf..

Thank you for being a man, who would hold me, comfort me for every time I’ve cried..Thank you for being my pillow and cuddled me up when I’m asleep..Thank you for staying on the phone, keeping me company till I fell asleep..

And most of all..

Thank you for being a friend, a best friend, a partner, a brother, a guardian..Thank you for being my abg, my yunk, my dear, my papa, my panda, my bantal..Thank you for being my everything..

I remember once I was so upset with you for not prioritizing me..instead of losing your temper, tenderly u asked me whether if I understand your situation. It reminds me of how selfish and unappreciated I am towards you.. 

I used to cry whenever you hold me tight and close..because i was so afraid of time passing by which I know will eventually drawing us apart..because it was such a beautiful, precious, perfect moment, and I know, none perfect would last forever..

as my tears falling, u held me tighter..u whispered words of comfort..for each and every time, I would feel safe..as if nothing could go wrong..everythin’s going to be just fine..

but now that you’re gone, none whispers could comfort me like the way yours did..

I’m sorry..
I miss u..I miss me..I miss us..

sincerely, 
your past.

Pengirim : Unwanted 

Monday, April 2, 2012

Andai Engkau Jodohku


"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali." (Jodoh Itu Milik Kita - Sara Aisha - )

Buat, 
Insan Yang Tertanya-tanya.

Andai anta jodoh ana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz sana, Allah pasti saja akan membuncahkan perasaan kasih dan cinta dalam hati ana jua hati anta. Itu sudah ketetapanNya, janjiNya. 

Namun selagi kita tidak punya ikatan yang halal yakni pernikahan, usahlah dibazirkan perasaan yang anta rasa kerana kita masih tidak punya hak yang hakiki untuk berbuat begitu. Dan janganlah anta melampaui batas-batas yang telah ditetapkanNya sejak dahulu lagi buat ikhwan dan akhwat yang tiada hubungan mahram. Ana takut perbuatan-perbuatan sebegitu akan memberi kesan yang kurang baik dalam kehidupan kita kelak. Perbuatan yang tanpa sengaja namun bakal menempah murka Allah. Manusia itu tidak sempurna bukan? Baik kita berjaga-jaga kerana disebalik rasa ini pasti ada syaitan yang datang menconteng seketul daging bernama hati.

Jika benarlah rasa cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran yang ditetapkan oleh Allah kerana hakikatnya perasaan cinta itu berhulu daripada Allah maka biarlah ia juga berhilir hanya kepada Allah.

Hati manusia itu begitu mudah dibolak-balikkan dan kita juga sama kerana kita juga manusia. Serahkan saja rasa dan perasaan cinta yang belum halal itu kepada Yang Memberi dan Memilikinya. Biarlah Dia mengaturkan semuanya hingga keindahan itu datang tepat pada waktunya. Waktu yang ditakdirkan untuk ana dan anta bersama dalam satu lafaz. Jika Allah mengizinkan.

Daripada, 
Insan Yang Telah Menjawab Soalan.