Saturday, March 31, 2012
[Kiriman] Ini Surat Stalker.
Friday, March 30, 2012
Ingatlah Wahai Wanita!
Ingatlah wahai wanita,
[Kiriman] Maafkan Aku Raqib
maafkan aku kerana menyukai dirimu dalam diam..
maafkan aku kerana menyayangi dirimu dalam diam...
maafkan aku kerana bermimpi tentang kamu dalam diam.
sulit sekali menahan perasaan yang makin menggebu di hati ini.
.sakit bila melihat dirimu tertawa bersama si dia.
.luluh hatiku bila melihat kamu berpegangan tangan dengan si dia di depanku.
.mungkinkah aku yang silap tertawan dengan dirimu sepanjang pertemuan kita berdua
dan aku pun masih mencintai dirimu..
namun aku sedar..
memang diriku tidak mampu memilikimu..
aku sering berdoa..
kuatkan hatiku dan lepaskanlah dirimu bersama dirinya..
aku yakin mungkin perasaan ini hanya sementara..
akan ku gagahkan hatiku untuk melepaskan kamu..
Bazir
Thursday, March 29, 2012
Puisi Buat Jiwa
Duhai Jiwa,
Kenapa kau bergelora?
buat aku merana..
kala aku bahagia..
bagai ditiup sangkakala..
hampir melayang separuh nyawa..
akan dugaan diterima..
semuanya sekelip mata..
direntap rakus binasa..
Aku mohon jiwa..
agar kau senantiasa..
kekal utuh perkasa..
jangan gadai segala..
kerna esok tiba..
butuhkan kolaborasi kita..
sebagai satu nyawa..
sebagai sa-manusia..
Tenanglah hai jiwa..
jangan kau merana..
terusan buat aku gila..
aku homosapiens biasa..
emosi tak tentu hala..
otak perlu kerja..
hadapi lumrah dunia..
apa kata kau ketawa..
mereka kata; pengubat duka..
Sang Perana
[Kiriman] Yang Tertinggal.
Dari Cik Manis pipi gebu..
Wednesday, March 28, 2012
Bro-bro yang macho
Assalamualaikum bro,
[Kiriman] Terima Kasih Dan Maaf.
Tuesday, March 27, 2012
Pekerja yang amanah
Minta perhatian, untuk semua pekerja.
[Kiriman] Cinta Halal.
Kepada posmen, segeralah hantar surat ini. Agar penghuni syurga tahu bahawa aku sedang dambakan Cinta Agungku..
[Sumber] Saya Nak Kahwin Masa Belajar.
Nota Pejabat PKS : Ini surat pertama yang ada tanda [sumber] maknanya
di ambil daripada blog-blog lain yang dirasakan bermanfaat. Jika ada yang
merasakan suratnya dijiplak, boleh minta diturunkan surat ini.
Monday, March 26, 2012
Kenapa Pilih Kaca Sedangkan Awak Layak Menerima Permata?
[Kiriman] Saya Mimpi Kamu Lagi.
Sunday, March 25, 2012
Buat gadis.
Gadis,
Untuk awak semua yang mulai tinggalkan alam hingusan, untuk awak yang rasa sudah mulai dewasa. Mari sini kakak ingin sampaikan sedikit nasihat. Nasihat tentang diri awak sendiri. Awak tahu, dilahirkan sebagai seorang gadis ada banyak kelebihan yang tuhan beri. Awak tahu susahnya mak ayah awak nak jaga seorang anak gadis. Pernah dengar orang kata jaga lembu sekandang lebih senang dari jaga anak perempuan seorang?
Tahukah awak awak juga yang kita ni adalah golongan yang paling senang masuk syurga dan senang juga masuk neraka? Tahukah awak semua selagi awak belum berkahwin segala dosa yang awak buat, akan ditanggung sama oleh ayah awak? Tapi kalau dia dah lakukan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah, yang lainnya terserah pada awak la. Sendiri buat, sendiri tanggung ya.
Oh, lagi satu perihal cinta. Kata orang cinta ini dari mata turun ke hati kan? Kalau awak dah terlalu tenggelam dalam angan buaian cinta mati awak tu, dari hati nanti lama lama dia turun ke bawah lagi. Sedar sedar awak dah buncit sebab cinta sejati awak. Lepas tu, macam biasa lah. Awak tak tengok cerekarama ke? Sama ada awak kena duduk sembunyi diri, awak bunuh jasad yang hidup dalam badan awak atau awak cari ayahnya ajak kahwin. Kan?
Awak belum jadi ibu bapa. Jadi awak mungkin tak tahu apa yang mereka rasa. Takda ibu bapa yang mengharapkan benda buruk terjadi pada anak anak dia. Gadis sekalian, awak ada satu permata yang tak ternilai harganya. Bila permata awak dah awak beri. Awak tak punya apa dah. Kosong.
Umpama makanan yang terbuka akan di hurung lalat dengan makanan yang di simpan di tudung saji, mana satu yang akan awak pilih? Mohon awak tahu jaga diri. Buka mata, hidup tak seindah yang awak jangka.
[Kiriman] Purrrrrrrrr.
ni untuk Amira Atiya tentang kegembiraannya. #lol hyper
betul suratnya dengan isi kucing. Berkongsi kegembiraan ya. hehe.
Si Bujang bercanda sendiri
Dari aku,
Dahulu kita sama-sama membina istana pasir di pantai ini. Kita sama-sama menanam diri di sini. Kita sama-sama lari berkejaran di sini. Pabila kau menyuarakan kebosanan, ku petik gitar dan alunkan muzik kegemaranmu itu. Indah sungguh kenangan ketika itu. Terasa aku dan kau ibarat terbang melayang sambil berpegangan tangan di atas langit cinta.
Tapi semua itu dulu. Hanya kerana satu ketidak sempurnaan, kau curang dengan aku. Apa salah aku? Apa dosa aku sehingga sanggup kau berbuat begini? Apa dosa aku sehingga sanggup kau bergomol dengan jantan lain? Ketika kau tiada rumah dan tempat bergantung, siapa yang bawa kau pulang dan menyayangi kau lebih dari ibu bapamu? Aku tak pernah minta balasan. Yang aku harapkan hanya keikhlasan mu membalas cintaku.
Ternyata aku hanya melepaskan batuk di tangga (kau faham peribahasa ni? Aku nampak macam best aku letak je). Kau itu ibarat kacang lupakan kulit, pensil lupakan penutup, teddy lupakan bear! Kau mesti pelik bagaimana aku dapat kesan kerja kotor kau itu kan? Bukankah kau lupa yang kau bergurau senda dengan jantan itu di rumah aku? Dasar betina tak guna. Engkau nak bukti? aku tunjukkan bukti! Nah! Tengok gambar yang aku sertakan sekali dalam poskad ini!
Pabila tibanya surat ini di hadapan mata kau, kau patut tahu yang kau telah pun dihalau dari rumah ini. Pergilah kepada jantan itu. Kau hanya akan mengotorkan penglihatan aku.
Sekian, wassalam.
![]() |
Aku zoom dari jauh sahaja. |
Saturday, March 24, 2012
Awak yang nak jadi baik..
[Kiriman] Pesanan Buat Hati.
Kesempurnaan Kita
Bakal Imam ku.
Ana tak sempurna.
Anta pun tak sempurna.
Ketidaksempurnaan anta menjadi pelengkap ketidaksempurnaan ana.
Hingga kita akan sempurna meskipun hanya bagi kita berdua.
Biarlah Allah yang Maha Sempurna, menilai kesempurnaan kita.
Bata-bata yang saling melengkapi, baru membentuk sebuah bangunan yang indah.
Kita juga saling memerlukan untuk membina sebuah istana mawaddah.
Sungguh hanya DIA yang lebih mengetahui kan?
Ikhlas daripada,
Bakal Makmum mu.
Friday, March 23, 2012
Manusia tak punya perasaan.
[Kiriman] Dear Awak, Biarkan Dia Pergi.
Untuk Mereka Bergelar Anak.
Dari Pejabat Pos Syurga 4 : Surat Anda.
- Pastikan yang surat anda itu berupa surat, kepada.... daripada...... dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kita panggil kepala surat. Jadi PKS tak perlu mencipta kepala surat untuk anda, biar semuanya datangnya dari penulisan anda sendiri.
- Surat dalam bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa yang boleh difahami oleh pihak PKS juga boleh dihantar.
- Surat yang dihantar boleh juga dalam format surat rasmi, email, telegram, faks dan pesanan suara.
- Anda perlulah menggunakan bahasa yang betul. Yang bahasa Melayu, ejalah yang sebetulnya. Begitu juga dengan bahasa lain. Contoh Bile = bila, jew = aje/sahaja/saja
- Anda dikehendaki menggunakan ejaan yang betul dan bukan disingkatkan ejaannya. Contoh, dlm = dalam, Awk = awak.
- PKS masih menanti surat-surat genre selain genre cinta seperti sarka, keluarga, islami, lawak dan sebagainya.
- Surat berisu sensitif minta dijauhkan seperti seks, perkauman, dan politik melampau.
- Selepas anda menghantar surat satu email balasan akan diterima untuk memaklumkan masa surat akan disiarkan. PKS akan cuba respon secepat mungkin surat anda.
- Surat Pengirim diposkan pada setiap hari pada pukul 3 petang. 1 surat sahaja akan dipos dalam satu hari.
Hantar sahaja surat anda. Tak perlu ayat sastera hebat sampai petala langit ke tujuh. Tulis apa yang ada dalam hati. PKS akan berusaha pos surat anda secepat mungkin. Sekian sahaja berita hari ini dari pejabat pos ke syurga =)
Thursday, March 22, 2012
Dia Benar-benar Isteri Setia
[Kiriman] Lingkaran Gelap Malam.
Pesanan Buat Sahabat.
"Sila tekan 2 untuk pesanan seterusnya, atau 3 untuk padam."
Wednesday, March 21, 2012
Redhalah Kerana Allah.
Yang indah hanya sementara, yang abadi adalah kenangan, yang ikhlas hanya dari hati, yang tulus hanya dari sanubari. Tidak mudah mencari yang hilang, tidak mudah mengejar impian, namun yg lebih susah mempertahankan yang ada kerana walaupun tergenggam masih boleh terlepas juga..Ingatlah pada pepatah,“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Aku.