Sunday, April 29, 2012
[Kiriman] Surat buat dia yang jauh!
Wednesday, April 25, 2012
Aku Mahu Terbang
Tuesday, April 24, 2012
Sang 'Forever Alone' di Facebook
Kepada si Forever Alone,
Akhir-akhir ini, saya ada menjenguk laman sosial yang semakin melalui zaman gelapnya, iaitu Fesbuk. Saya lihat, walaupun Fesbuk ini sudah semakin tenggelam dengan kehadiran Si 'chipchip' Twitter, namun begitu masih lagi ramai dikunjungi peminat-peminat dan penggunanya yang rata-rata terdiri dari kanak-kanak, remaja baru nak naik, warga emas dan klon-klon selebriti tanah air mahupun luar negara untuk mengejar publisiti murahan. Tidak kurang juga golongan-golongan yang suka sangat buat page berdasarkan catchphrase-catchphrase murahan yang didapati dari filem-filem tanah air khususnya. Eh, banyak pula saya berceloteh tentang laman sosial ini ye. Takut terlajak lari tajuk pula nanti.
OK, pada suatu petang yang hening, diiringi bunyi burung-burung berkicauan, tidak kurang juga bunyi nyamuk-nyamuk berdesing kerana maghrib yang semakin hampir (itu kan waktu merayau diorang), aku bukalah laman sosial ini. Lihat setiap posts dan status updates yang berjela-jela dinukil oleh fren-fren aku. Time tulah, aku entah bagaimana dan macam mana entah, tiba-tiba terfikir tentang kau yang lama sudah aku tidak dengar berita. Aku pun tekanlah nama kau. "Polan 'Sipolan' Pulan". Nama glamer lah katakan. Terngiang-ngiang di telinga aku cerita lama kau yang kau dulu berkawan dengan selebriti-selebriti terkenal ketika bekerja di Radio ***, atau lebih tepat Skuad ***, atau lebih tepat lagi, balaci angkut hadiah skuad itu. Aku masih ingat dulu kau tayang gambar kau bersama penyanyi-penyanyi hasil program realiti di satu siaran televisyen. "Wah, beshnyer kau kerja dengan mereka ya kawan..", itu kata aku pada kau dulu. Aku lihat, wah, gambar-gambar itu memang banyak di fesbuk kau. Popular sungguh kau sekarang. Artis pun nak ambil gambar dengan kau. Berebut pula tu.
Aku lihat wall kau. Status updates semua penuh dengan nama-nama artis. Wah, hebat! Walaupun itu semua post-post lama, itu masih impressive!
Tapi, satu kemusykilan berda dalam kepala hotak aku. Kenapa semua post kau di'like' oleh diri kau sendiri? Seperti macam salah satu post kau yang aku ingat, kau seboleh-boleh nak mention nama deejay radio itu dan bertanya tentang pendapatnya tentang satu topik. Bukan hanya satu post, malahan empat lima post juga kerana tiada jawapan dan like dari sesiapa, termasuklah artis tersebut. Dan apa yang aku nampak hanya satu bagi SEMUA posts di atas wall kau hanyalah ayat biru tertulis:
![]() |
Pesanan ikhlas dari penaja |
Monday, April 23, 2012
Ada yang sedang memandang
Sunday, April 22, 2012
[Kiriman] Kasihku...
Saturday, April 21, 2012
[Kiriman] Love To The End
Friday, April 20, 2012
[Kiriman] Perpisahan
Thursday, April 19, 2012
Kenapa awak?
Wednesday, April 18, 2012
Aku hilang kau dan dia
Monday, April 16, 2012
[Kiriman] Bukan Pilihan Hati .
Sunday, April 15, 2012
[Kiriman] Saya Harap Awak Kuat.
Saturday, April 14, 2012
[Kiriman] Andai Kau MampuKu Miliki.
Friday, April 13, 2012
Sepasang Mata Itu
Buat Entah.
Daripada Entahlah.
[Kiriman] Rezeki Sepuluh Sen.
Thursday, April 12, 2012
[Kiriman] Aku Tahu Bukan Cinta Tapi..
Wednesday, April 11, 2012
Madu yang Hilang
![]() |
[ sumber : google ] |
[Kiriman] Surat Dari Pemerhati.
Kepada: Kazama Melayu
Tuesday, April 10, 2012
Kau Korupsi
Wahai si koruptor,
Aku percayakan kau dalam segala perkara. Aku selalu fikir yang kau seorang yang bertanggungjawab. Aku fikir kau boleh pegang amanah ini tapi sikap kau yang korup telah membuat hati aku hancur kerana percayakan kau. Sudah lama kita berkenalan dan bekerja bersama, tapi kerana imbuhan dan duit, sanggup kau menggelapkan mata lantas mengkhianati amanah yang diberikan.
Apalah sangat imbuhan yang dijanjikan itu wahai koruptor? Tidak cukupkah imbuhan yang diberikan untuk kau memegang amanah tersebut? Kenapa kau ni korup sangat? Mata duitan. Kau tahu tak rasuah itu adalah salah satu dosa besar di sisi Islam? Tidakkah kau takut duit-duit haram itu mengalir di setiap inci badan kau? Tidakkah kau fikir wahai koruptor?
Kau kata kau boleh pegang amanah itu tapi sekarang, janji hanya tinggal janji. Kau tinggalkan amanah untuk kepuasan diri kau sendiri. Hanya kerana emak dan ayah merasuah kau dengan RM2, kau pun gelap mata lantas melaporkan perihal aku hisap rokok di tepi loji kelmarin! Mana janji kau untuk rahsiakannya setelah puas kau habiskan fulus-fulus aku semata-mata untuk belikan Beyblade yang kau nak! Kau korup! Kerana korupsi kau, aku kena detention kat rumah ni! Tak guna. Kau tidak layak memegang amanah kerana kau korup.
[Kiriman] Yang Terakhir.
Monday, April 9, 2012
Pencuri hati.
Hari ini tiba lagi. Segalanya masih sama, seperti dua tahun lalu. Saat pertama kita ketemu.
[Kiriman] Tidak Adil Bagi Ku.
Sunday, April 8, 2012
Soalan Untuk Dijawab
Duhai elitis,
Satu, kenapa perlu memandang enteng kami? Apakah sosiologi kami layak dipandang begitu?
Dua, kenapa darjat ini dicipta sedangkan pemikiran kita tak jauh bezanya?
Tiga, kenapa kami tidak seperti kamu dan kamu tidak seperti kami?
Empat, kenapa kami bertanyakan soalan ini?
Lima, kenapa kami belum ketemu jawapan ini?
Enam, kenapa Tuhan adakan perbedaan ini?
Tamat.
Sang marhaen.
[Kiriman] Kerana Terpaksa, Aku Lepaskan.
Saturday, April 7, 2012
Syukurlah.
[Kiriman] Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul.
Friday, April 6, 2012
Kepada Semua Manusia Sibuk
Awak yang selalu sibuk.
Hai awak di sana ? Kalau belum solat silalah solat dahulu sebelum membaca surat saya. Jangan sampai terlupa solat apabila asyik dengan dunia, akhirat jangan lupa tau..