Wednesday, March 14, 2012

Cinta saya bukan untuk awak

Buat yang ku cintai, Lelaki Ini.


awak..
            Masih ingatkan pertemuan kita kali pertama.Hanya berbalas senyuman.tiada kata yang terucap. saya sentiasa menidakkan kata-kata orang sekeliling yang mengatakan bahwa kita ada hubungan yang istimewa.entah siapa yang menyebarkan gosip itu.Bila dah tak mampu melayan semua itu,akhirnya saya diam.Diam bukan tanda saya mengakui semua itu tapi diam kerana penat nak melayan kerenah orang sekeliling yang tak henti-henti berbicara tantang kita..


          Saya tahu tak mungkin untuk saya menjalinkan hubungan istimewa dengan awak seperti apa yang mereka katakan.kerana sudah ada insan istimewa bertakhta di hati awak.Seorang insan yang cukup baik dan menyayangi awak dengan sepenuh hatinya.Saya merasakan bahawa dia seorang insan yang bertuah kerana dapat memiliki awak.Saya sentiasa berdoa semoga awak dan dia bahagia.

            Tapi semakin hari kita mengenal hati budi,layanan awak kepada saya juga berbeza.Awak sangat baik,melayan saya bagaikan puteri yang turun dari kayangan.Bagaikan bidadari dari syurga.Setiap tutur kata dan tingkah laku awak menimbulkan tanda tanya,siapa saya bagi awak?kekasih atau sahabat.Tapi persoalan itu saya biarkan terbuku di hati.Sudah terang awak mempunyai dia,kekasih hati yang selalu awak sampaikan kata cinta.Takkan awak ingin jadikan saya kekasih yang kedua.

      Suatu hari,awak hadiahkan saya keychain berbentuk hati,berwarna merah.tertulis 'i love u forever'.Hati ini berbisik lagi,apa makna di sebalik pemberian ini.Hanya satu hadiah atau ada makna yang tersembunyi.Ingin sekali aku bertanya tapi kata-kata tak mampu terungkap bila melihat awak masih mesra di samping kekasih tercinta.Mungkin ini cuma hadiah sebagai tanda kasih sayang dari seorang sahabat.

          Di akhir pertemuan kita,awak hadiahkan cupcake yang terukir perkataan 'cinta' di atasnya.kata awak,ini khas untuk saya,orang yang paling awak sayang.Saya terkesima,betulkah apa yang awak katakan.Saya orang yang paling awak sayang,tapi bagaimana dengan dia.?Awak kata,awak sayang saya lebih dari awak sayangkan dia.Tapi awak tak boleh tinggalkan dia sebab dia pilihan hati mak dan ayah awak sedangkan saya pilihan hati awak.Awak merayu meminta saya menerima awak sebagai kekasih hati.Meminta supaya saya sanggup berkongsi kasih dengan dia.



Awak...

             Saya sayangkan awak.Lebih dari segala yang ada di langit dan bumi.Awak bagaikan bintang di langit yang menerangi malam yang gelita.Bersama awak,saya merasakan setiap kesusahan amat senang untuk dilalui.Tapi saya juga wanita,wanita yang ingin dicintai dan mencintai seorang lelaki tapi bukan wanita yang sanggup untuk berkongsi kasih dan sayang dengan wanita lain.Saya juga ada sifat cemburu,yang pastinya akan membuatkan hati ini bagaikan ditusuk sembilu bila melihat awak bersama dia.Dan saya pasti,dia juga akan merasakan hal yang sama bila awak bersama dengan saya.

            Saya putuskan,untuk membiarkan awak dan dia hidup bahagia.Biar saya pergi jauh dari hidup awak dan dia.Walaupun dia pilihan mak dan ayah awak,dan bukan pilihan awak..Tapi saya pasti itu adalah pilihan yang terbaik.Dan mungkin ada lelaki lain yang masih sudi menerima saya tanpa meminta saya berkongsi kasih.Maafkan saya kerana menolak permintaan awak.Biar saya pilih jalan bahagia saya sendiri.

Awak,Maafkan saya.

Yang Kau cintai,
Si Gadis Timur


4 comments:

Cangkul Emas said...

percaya pada kata hati, baru bahagia datang pada diri.
kumbang bukan seekor.

Amira Atiya said...

bagus tindakan kau...

Cik_Shiqah said...

sabarlah.

Pasti Allah sedang mengaturkan cerita cinta yang lebih baik utk kamu..

Unknown said...

sabara ya? :)
insya-Allah, akn ada jodoh yg lebih baik :)