Thursday, March 22, 2012

Dia Benar-benar Isteri Setia

Kepada,
Wanita tabah.

Sungguh awak seorang wanita yang sangat kuat. Jika saya berada di tempat awak, saya tak jamin saya boleh teruskan hidup ataupun tidak. Kehilangan orang tersayang memang memeritkan, saya juga pernah alaminya namun kehilangan seseorang yang menjadi pelindung kehidupan, hanya Allah saja yang tahu kesedihannya. Benarlah Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Sungguh awak insan terpilih untuk menerima ujian sebegitu dan awak juga pasti mampu menghadapinya. Kadangkala hati seseorang akan tewas dengan ujian namun saya tahu awak seorang muslimah dan isteri solehah, sentiasa mengingati kembali bahawa Allah jualah yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu kejadian. Awak kembali semula kepada Qada' dan Qadar Tuhan. Awak, sungguh ramai yang menyayangi awak. Teruskanlah kehidupan awak seperti biasa bersama anak-anak. Mereka sangat memerlukan kehadiran awak. InsyaAllah, saya yakin cinta sejati sesama manusia pasti saja akan bertemu di syurga begitu juga awak dan si dia. Semoga awak sekeluarga berkumpul di sana, tempat yang lebih indah.  Amin!

Daripada,
Pemerhati setia.

3 comments:

GR said...

insyaAllah. isteri solehah, syurga tempatnya =)

Cangkul Emas said...

kalau la aku dapat isteri macam ni.
akak writer tak nak jadik calon saya?

woot~~woot~~

Cik_Shiqah said...

GR: Itulah tempat yang layak buat Isteri Solehah dan Hamba Allah yang beriman kpdNya..

Cangkul Emas: InsyaAllah anda boleh dpt isteri solehah. mahu dapat isteri yg solehah, jdi yg soleh dulu.. Yg baik itu utk yg baik shja dan begitulah sbliknya. Wallahualam.