Saturday, March 17, 2012

Moirai



Salam,


     Amin, aku mintak maaf kalau kau terasa dan berkecil hati dengan aku, kalau kau nak larikan diri dari aku, sekurang kurangnya aku tahu sebab apa kau begini. Kau hilang macam ni, hidup aku bercelaru tahu. Kau la kawan aku cari senang dan susah. Memang kadang kala bahasa aku kasar, dan aku akan dapat lempang di kepala mahu pun terajang di kaki kalau bahasa aku terlampau kasar. Kau tak ada, dah tak ada orang nak lempang aku, beb.


     Aku cari kau separuh bumi, kemana kau menghilang Min. Mungkin kau ada di ceruk ceruk separuh lagi bumi yg belum aku terokai. Tapi, dengan duit simpanan yang aku ada, aku tak mampu nak teruskan mencari kau, Min. Min... Aku mintak maaf. Balik la min. Aku merayu, min.



     Masa aku cari kau, aku nampak ayah dan mama kau. Diorang cakap kalau nak cari kau, kat sini tempatnya. Berdekatan dengan batu ni. Tapi aku tak nampak kau pun. seharian aku menunggu sebab aku yakin kau akan muncul. Tapi aku percaya kau akan lari bila nampak aku. Kenapa benci kau pada aku begitu tinggi Min? Apa salah aku min? Aku melutut dan merayu kau ampun lah segala silap dan dosa aku pada kau, Min.



     Aku akan cari kau sampai mati. Aku tak tipu Min. Aku bersumpah atas nama yang Maha Esa. Kau tau kan bila aku dah cakap begini aku buat betul betul. ini bukan macam kes aku suruh kau datang block akademik tempoh hari. Aku rindu sangat kat kau Min. Kau la kawan yang aku ada. Satu satunya atas bumi ini. Langit dan di darat. Kau saja Min. mungkin aku tak ke syurga. tapi aku bangga ada kawan macam kau di syurga.



     Aku letakkan surat ini bersama titis air mataku, sekalung keampunan dari aku dan 3 biji pau cina. Tak se-sedap macam nenek kau buat. Tapi... Aku biarkan saja di atas batu ni. Kelak kalau ada kelapangan aku datang kembali. Tinggalkan aku nota mahupun sehelai rambut kau, tanda kau dapat surat dari aku. tanda kau dah menjamah pau cina ni walau secubit. tanda kau tahu akan aku rindu sangat pada kau. 



Aku pasti aku akan jumpa kau jugak.




3 comments:

Cangkul Emas said...

wah..setia bebenor gamaknye.

Yasmin said...

ape tu moirai??
sedih nyer surat ni...
:D

GR said...

saya tak ada kamus. moirai itu maksudnya apa ya?