Tuesday, March 13, 2012

Mungkin

Untuk hati,

Semalam, aku buat keputusan yang penting untuk hidupku. Doaku agar keputusan itu merupakan keputusan yang tepat untuk aku. Keputusan dah dibuat, doa sudah dibaca, aku kini bertawakal kepadaNya. Namun yang pasti, dalam hati ini masih ada keraguan. Masih ada perkataan 'mungkin' yang terbaca. Mungkin ini bukan yang terbaik untuk aku? Mungkin ini bukan jalan sebenar. Mungkin kalau aku pergi ke arah itu, hidup aku lebih baik. Mungkin kalau aku tak teruskan sebelum ini, aku akan senang untuk memilih? Ah, terlalu banyak istilah mungkin yang bermain. Kenapa? Apa yang tiada? Apa yang kurang? Mungkin, aku mungkin terlupa. Allah memberi apa yang aku perlu, berbanding apa yang aku mahu. Allah beri sesuatu yang pasti mampu untuk aku pikul. Allah tak beri ujian kepada hambaNya melainkan yang mampu untuk mereka bawa. Sekarang, aku akan cuba hindari permainan 'mungkin' yang membelenggu. Mungkin aku mampu, mungkin jua tidak. Tetapi satu yang pasti, percaturan Allah itu bukan mungkin yang terbaik, tetapi semestinya yang terbaik.

Ikhlas dari, 
pemuda yang tercari-cari erti.


3 comments:

Bidadari Syurga said...

DIA beri tangungjawab yg bisa digalas hambaNYA... aku suka nama blog kau... insyaallah... setiap kata-kata itu sebenarnya adalah doa tanpa kita sedar...

ps: sabar ya menjalani ibadah dan pengembaraan di lantai landai DIA...

Amira Atiya said...

ia dipanggil syubhah bukan? ragu-ragu. hmm

APi said...

erti itu akan semakin jelas nanti.. =)