Friday, March 23, 2012

Untuk Mereka Bergelar Anak.


Kepada kamu,

Dah telefon keluarga kamu? Dah tanya khabar mereka? Kalau belum, telefonlah sekarang. Nyatakan betapa kamu merindui mereka. Betapa kamu ingin pulang ke rumah dan bersama-sama mereka. Janganlah membazir duit untuk menelefon makwe /pakwe kamu tapi nak telefon mak ayah sendiri, tak nak pulak. Ingatlah, siapa yang melahirkan kamu ke dunia ni? Siapa yang menahan kesakitan untuk melahirkan kamu? Siapa yang bersusah payah membawa kamu di dalam rahimnya selama 9 bulan 10 hari? Dia adalah ibu kamu. Jangan terlampau sibuk dengan pakwe/makwe kamu sampai melupakan ibu yang sentiasa menanti panggilan kamu. Jangan malas nak bertanya khabar mereka. Sekarang ni mungkin kamu tak berapa kisah tapi cuma bayangkan satu hari nanti. Satu hari di mana, mereka berdua sudah tiada lagi di dunia ni. Telefonlah mereka dan tanyalah khabar mereka selagi mereka bersama-sama kita. Jangan sampai mereka sudah tiada lagi dan ketika itu, barulah kita sibuk menangis mengatakan betapa kita merindui mereka.

Hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di samping kita. Jangan menyesal di kemudian hari. Jangan terlampau leka mengejar harta dunia dan cinta manusia sampaikan kita terlupa dua orang insan yang sentiasa menyayangi kita sepanjang masa. Yang tak pernah lelah menjaga kita. Yang tak pernah melupakan kita walaupun kadang-kala kita sering melupakan mereka. Jangan sampai satu ketika nanti, kita menangis kesal kerana tidak sempat memberi kebahagiaan kepada ibu bapa kita. Wallahualam...

Daripada,
Aku.

1 comment:

sea_lavender said...

thnkx atas ingatan ~~
heee hari2 kol parentz ~ ;)