Wednesday, March 14, 2012

Untuk Tanah.

Untuk tanah yang bakal menimbus aku,

Bila celik mataku ini, aku memijak kamu dengan kasar. Kadang-kadang terlalu kasar disebabkan terlajak tidur. Maafkan aku tanah, aku terpaksa berlari. Aku terasa banyak dosa bila dahi aku terlewat menyentuh tanah menyahut seruan Illahi. Di tanah ini jugalah aku sering melakukan dosa dan maksiat, melawan cakap ibu bapa dan memusnahkan hubungan aku dengan kawan-kawan.

Bertemu cinta juga di atas tanah, menghadap cinta yang sejati di dalam tanah. Mampukah aku ?

Kasihanilah aku wahai tanah, saat aku berada di dalam mu. Kau jagalah jasadku dengan sempurna. Kau halanglah ribuan ulat yang cuba menggigit diri ini. Aku ingin tenang bila berada di situ. Seksaan di situ amat dahsyat untuk di bayangkan. Aku tak mampu.

Tercipta aku dari tanah, akan kembali menjadi tanah. Tanah yang gersang, tiada berteman. Di sekeliling cuma sekujur jasad tidak bergerak.

Yang sering lalai di dunia,
Hamba Allah



5 comments:

Cangkul Emas said...

daripada allah kita datang, dan kepada allah kita kembali.

Amira Atiya said...

makan dalam. pehpeh.

GR said...

dicipta dari tanah, berpijak di atas tanah, menyemai rezeki dari tanah, kembali ke dalam tanah. kenapa sukar untuk sujudkan dahi ke atas tanah?

nice one~

Bulan @ Moon said...

Sebak :')

APi said...

tanah itu mungkin peramah..
cuma kita sering gundah..
tidak mahu jatuh rebah..
tapi akhirnya tetap kebah..