Friday, April 13, 2012

Sepasang Mata Itu



Buat Entah.

Sungguh Allah suka dan sayang akan orang yang sabar akan dugannya. Diri, bersabarlah. Tidak mahukah engkau mendapat kasih dan sayang Allah? Apalah sangat ujian engkau ini jika dibandingkan dengan orang lain. Mereka lebih besar ujiannya, Bayangkan betapa orang yang tidak boleh melihat langsung tetap meneruskan kehidupan dalam mencari keredhaan Allah. Sabarlah diri. Allah ingin mengujimu kali ini. Bersyukurlah kerana nikmat matamu ini baru ditarik sedikit bukan semuanya. 


Walaupun kabur tapi engkau masih boleh melihat. Walaupun suatu hari nanti mungkin ditakdirkan mata engkau terus tidak boleh melihat, bersyukurlah! Sekurang-kurang engkau pernah diberi peluang untuk melihat semua itu pada waktu dahulu. Nasibmu lebih indah daripada insan lain yang ditakdirkan buta sejak lahir. Bersyukurlah diri! Kerana selepas itu, engkau tidak boleh lagi melihat kemungkaran dan maksiat. Dirimu lebih terpelihara bukan? Bersyukurlah!

Daripada Entahlah.

2 comments:

TanpaKataNama313 said...

Bila terbaca coretan ini..teringat kata Dr.Maza

"Apa yang ada pada kita adalah harapan"

kita sentiasa inginkan yang lebih baik dari apa yang kita ada pada hari ini..sehingga terlupa diluar sana masih rmai yg serba kekurangan ingin berada ditempat kita...

teruskan bersabar & redha..Allah tak memberi sesuatu dengan sia2..ada hikmah yg tersembunyi..:)

aKu said...

yup! bersyukurlah..kerna Allah sayang akan kamu..sebab itu kamu diuji..^_^